General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

Aug 4, 2011

PANDUAN UNTUK IBU BAPA

Pertumbuhan Gigi
Apa yang dimaksudkan dengan pertumbuhan gigi?
Pertumbuhan gigi ialah proses gigi tumbuh di dalam mulut bayi/ kanak-kanak. Biasanya pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.
Apakah tanda-tanda yang menunjukkan gigi anak anda tumbuh?
Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :
  • Menangis kerana tidak selesa
  • Suka menggigit atau mengunyah
  • Melelehkan air liur
  • Demam (suhu badan meningkat sedikit)
Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan gangguan kesihatan yang teruk seperti demam panas dan cirit birit. Sekiranya ini berlaku, anak perlu dibawa ke klinik/ hospital dengan segera.
Apa yang boleh anda lakukan bagi melegakan rasa tidak selesa semasa pertumbuhan gigi?
Cuba petua di bawah untuk melegakan rasa tidak selesa anak anda:
  • Berikan benda yang keras, bersih dan selamat untuk digigit seperti gegelang gigitan.
  • Berikan ubat penahan sakit jika perlu.
Peringatan
Sapu sedikit gel penahan sakit pada gusi yang berkaitan kerana anak kecil tidak pandai meludah dan mungkin tertelan gel yang berlebihan.
Jadual pertumbuhan gigi
Rajah berikut menunjukkan peringkat pertumbuhan gigi susu
gigi
Gigi kacip pertama (insisor pertama)
Gigi kacip kedua (insisor kedua)
Gigi taring (kanin)
Gigi geraham pertama (molar pertama)
Gigi geraham kedua (molar kedua)
Jenis gigi
Pertumbuhan gigi susu (usia anak)
Gigi kacip (insisor)
6 - 9 bulan
Gigi geraham (molar) pertama
12 - 15 bulan
Gigi taring (kanin)
18 - 20 bulan
Gigi geraham (molar) kedua
24 - 36 bulan

Gigi Kekal Lewat Tumbuh

Bila pertumbuhan gigi dianggap lewat ?

Biasanya gigi kacip kekal di rahang atas tumbuh ketika kanak-kanak berumur 7 - 8 tahun. Pertumbuhan gigi dianggap lewat apabila gigi itu masih belum tumbuh bila kanak-kanak telah mencapai umur 8½ - 9 tahun ke atas.

Kenapa berlaku kelewatan pertumbuhan gigi?

Pertumbuhan gigi lewat mungkin ada kaitan dengan :
  • Gigi supernumerari (gigi yang lebih)
  • Pembentukan gigi yang tidak normal.
  • Bentuk gigi kekal atas yang tidak normal .
  • Ruang rahang tidak mencukupi.
  • Penyakit tisu lembut atau tulang gigi setempat.
Kelewatan pertumbuhan gigi jarang disebabkan oleh penyakit lain kecuali penyakit yang mengganggu pertumbuhan dan perkembangan tulang seperti :
  • Rickets
  • Hypothyroidism
  • Fibrous dysplasia
  • Down's syndrome

Apa yang perlu anda lakukan bila gigi lewat tumbuh ?

  • Bawa anak anda berjumpa doktor pergigian jika gigi kacip kekal masih belum tumbuh setelah mencapai umur 8½ - 9 tahun.
  • Jangan tangguhkan pemeriksaan pergigian kerana keadaan mungkin menjadi rumit.

Jadual pertumbuhan gigi

( Jadual ini adalah sebagai panduan sahaja)

Gigi susu

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T2_gigi1.jpg
Gigi kekal
Kacip ( insisor ) pertama atas
Kacip kedua atas
taring ( kanin ) atas
geraham ( molar ) pertama atas
Geraham kedua atas
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T2_gigi2.jpg
Kacip ( insisor ) pertama
Kacip(insisor) kedua
Taring ( kanin )
geraham kecil ( pramolar )
Geraham ( molar ) pertama
Geraham kedua
Geraham ketiga

JADUAL PERTUMBUHAN GIGI SUSU ( DESIDUS ) & MASA TANGGAL


Jenis gigi
Masa petumbuhan
Masa tanggal
Atas :
Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Pertama
Geraham Kedua


7 bulan
9 bulan
18 bulan
14 bulan
24 bulan


6 tahun
7 - 8 tahun
12 - 14 tahun
11 - 12 tahun
12 - 14 tahun
Bawah :
Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Pertama
Geraham Kedua


6 bulan
7 bulan
16 bulan
12 bulan
20 bulan


6 tahun
7 tahun
9 - 10 tahun
10 - 12 tahun
11 - 12 tahun
Nota : Masa pertumbuhan lebih atau kurang 6 bulan dari masa yang dinyatakan di atas, dikira normal.

JADUAL PERTUMBUHAN GIGI KEKAL


Jenis gigi
Masa pertumbuhan
Atas :
Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Kecil Pertama
Geraham Kecil Kedua
Geraham Pertama
Geraham Kedua
Geraham Ketiga


7 - 8 tahun
8 - 9 tahun
11 - 12 tahun
10 - 11 tahun
10 - 12 tahun
6 - 7 tahun
11 - 13 tahun
17 - 21 tahun
Bawah :
Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Kecil Pertama
Geraham Kecil Kedua
Geraham Pertama
Geraham Kedua
Geraham Ketiga


6 - 7 tahun
7 - 8 tahun
9 - 10 tahun
10 - 12 tahun
11 - 12 tahun
6 - 7 tahun
11 - 13 tahun
17 - 21 tahun
Nota : Masa pertumbuhan lebih atau kurang 6 bulan dari masa yang dinyatakan diatas, dikira normal.
Penjagaan Gigi Kanak-kanak Istimewa
Latar belakang
Kanak-kanak istimewa ialah kanak-kanak yang memerlukan penjagaan khusus kerana mempunyai masalah fizikal, mental atau pun perubatan.
Mengapa mereka memerlukan penjagaan gigi khusus?
Kanak-kanak istimewa memerlukan penjagaan gigi khusus kerana:
  • mereka mudah atau berisiko tinggi untuk mengidap penyakit gigi kerana mereka tidak berupaya menjaga kebersihan mulut sendiri.
  • rawatan gigi mungkin sukar dilakukan kerana masalah fizikal, mental atau pun perubatan yang dihidapi .
  • rawatan dengan bius am (general anaesthesia) mungkin diperlukan .
Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak ini mencegah penyakit gigi ?
Penyakit gigi boleh dicegah dengan memastikan:
  • Penjagaan kebersihan mulut yang baik - berus gigi setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.
  • Makan secara sihat dengan pengambilan makanan seimbang dan kurang kandungan gula.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
Menghisap Ibu Jari


Latar belakang
Menghisap ibu jari adalah tabiat yang biasa di kalangan kanak-kanak.
Kebanyakan kanak-kanak akan menghentikan tabiat ini apabila mencapai umur 2 hingga 4 tahun.
Menghisap Ibu Jari
Bilakah tabiat menghisap ibu jari menjadi satu masalah?
Menghisap ibu jari akan menjadi satu masalah JIKA tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh.
Apakah kesan menghisap ibu jari?
Tabiat menghisap ibu jari yang berterusan boleh menyebabkan :
  • Gigi jongang
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T2_injurytoteeth6.jpg
  • Masalah gigitan

http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P4T2_thumbsucking2.jpg
Gigitan terbuka - gigi kacip di rahang atas dan bawah tidak rapat
Bagaimana tabiat ini boleh dihentikan?
Berikut ialah antara petua untuk membantu anak anda berhenti menghisap ibu jari.
  • Balut ibu jari.
  • Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada sulah pada ibu jari.
  • Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak anda tidak menghisap ibu jari.
  • Pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti seperti menyanyi dan bermain muzik supaya lupa untuk menghisap jari.
  • Libatkan anak anda dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. contoh: alat permainan
  • Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun).
Gigi Bertukar Warna
Apakah yang dimaksudkan dengan gigi bertukar warna ?
Gigi dikatakan mengalami perubahan warna jika warnanya tidak kelihatan seperti normal. Perubahan warna ini disebabkan oleh dua faktor:
  • Masalah semasa pembentukan gigi yang mana boleh menyebabkan warna gigi itu berubah. Ia dikenali sebagai perubahan warna intrinsik.
  • Benda asing yang melekat pada permukaan luar gigi selepas gigi tumbuh. Ia juga disebutkan sebagai perubahan warna extrinsik.
Apakah punca perubahan warna gigi?
Perubahan warna intrinsik boleh berlaku disebabkan oleh :
  • Kerosakan gigi (karies)
  • Pengambilan ubat tetracycline atau fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi
  • Kecederaan gigi
  • Masalah kesihatan semasa tempoh pembentukan gigi
  • Masalah kongenital saluran hempedu
Perubahan warna extrinsik pula berlaku mungkin disebabkan oleh:
  • Pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan seperti zat besi
  • Bakteria dalam mulut.
Peringatan apabila mengambil antibiotik
Ubat tetracycline yang dimakan oleh ibu hamil juga boleh menyebabkan warna gigi susu anak menjadi tidak normal.
Bagaimanakah perubahan warna gigi berlaku?
Warna gigi boleh bertukar menjadi:
  • coklat
  • hitam
  • hijau
  • kelabu kebiruan.
  • putih berkapur
Antara contoh gigi yang bertukar warna:
Gigi Bertukar Warna


Gigi Bertukar Warna


Gigi Bertukar Warna
Implikasi perubahan warna gigi
Kanak-kanak yang mempunyai gigi yang mengalami perubahan warna :
  • akan membesar dengan paras rupa yang kurang menarik
  • mempunyai kurang keyakinan diri
Bolehkah warna ini dihilangkan?
Penstainan ekstrinsik mudah dihilangkan dengan penskaleran dan penggilapan (polishing) manakala penstainan intrinsik memerlukan kaedah rawatan yang lebih rumit.
Apa yang anda boleh lakukan untuk mencegah gigi bertukar warna?
Untuk mengelak penstainan intrinsik:
  • Amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik.
  • Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi mengelakkan penggunaan yang berlebihan.
  • Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi mengelakkan penggunaan yang berlebihan.
  • Guna alat pelindung mulut semasa aktiviti lasak seperti berbasikal dan ragbi.
Untuk mengelak penstainan ekstrinsik:
  • Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...