General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

Aug 2, 2011

Kencing Manis (Diabetes Mellitus)

The Pankreas ,  adalah organ dalam tubuh   yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulinInsulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah. Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis.
Diabetis terbahagi kepada:
  • Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I
  • Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II
Tanda dan gejala
Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:
    • Kabur penglihatan.
    • Penyakit kulit yang berterusan.
    • Luka lambat sembuh.
    • Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan.
    • Kebas kaki.
Tanda-tanda lain termasuk:
    • Dahaga.
    • Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
    • Letih dan lesu.
    • Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik.
    • Kelemahan otot.
    • Kegatalan tanpa ruam.
Faktor-faktor risiko Diabetis
  • Berlebihan berat badan / kegemukan.
  • Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
  • Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
  • Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
  • Peningkatan umur.
  • Bangsa - Kaum India  mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.
Komplikasi-komplikasi
Komplikasi-komplikasi diabetes melibatkan banyak organ-organ bergantung kepada jangkamasa mengidapnya dan kawalan paras glukos darah.
Peningkatan paras glukos darah mendadak (keadaan kecemasan).
  • Keliru, tidak sedarkan diri (diabetic coma).
Paras glukos darah yang berterusan tinggi (kronik).
Menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada:
  • Mata-kabur penglihatan, katarak, pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
  • Saraf-kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari.
  • Otak-angin ahmar (strok).
  • Buah pinggang- kegagalan buah pinggang.
  • Jantung- serangan jantung.
Kawalan diabetes yang baik boleh membantu mencegah dan melambatkan komplikasi diatas.
Rawatan
Rawatan tanpa ubatan
  • Penjagaan diri umum
    • Jagaan kulit
      • Mandi setiap hari.
      • Keringkan seluruh bahagian tubuh.
      • Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari.
    • Jagaan kaki.
      • Cuci kaki anda setiap hari.
      • Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
      • Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin jika perlu.
      • Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
      • Tukar stokin anda setiap hari.
      • Jangan berjalan tanpa kasut.
      • Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.
    • Penjagaan Gigi
    • Pemeriksaan mata secara berkala
    • Elakkan alkohol
    • Berhenti merokok
  • Mengawal pemakanan
  • Mengawal berat badan
  • Kerap bersenam
Rawatan ubatan
  • Ubatan
    • Ubat mengurangkan paras glukos
    • Insulin
Kumpulan Sokongan
Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) (www.diabetes.org.my)

KEMAHIRAN SOSIAL

Apakah kemahiran sosial?
Kemahiran yang membantu anda menjalin hubungan sosial yang lebih baik seperti
  • Membina persahabatan
  • Berbual dengan orang lain
  • Mempunyai budi pekerti yang baik
  • Mempunyai rasa empati terhadap orang lain
Hubungan baik bererti memudahkan kehidupan anda.
 

Kemahiran hidup di bilik darjah
Kemahiran yang diperlukan untuk kehidupan dan penyesuaian di sekolah. Ini termasuklah:
  • Mendengar dan mematuhi arahan
  • Berkelakuan sopan dan menghindari gangguan
  • Meminta bantuan
  • Memberi sumbangan dalam perbincangan
  • Membuat keputusan
  • Pengendalian konflik
  • Membina kemahiran akademik
  • Melaksanakan kewajipan
  • Bertanggungjawab atas tingkah laku anda
Menghadapi perasaan
Kemahiran sosial yang baik melibatkan kefahaman dan dapat mengendalikan perasaan anda sendiri. Ini termasuklah:
  • Mengetahui perasaan anda
  • Meluahkan perasaan anda
  • Memahami perasaan orang lain
  • Menguruskan kemarahan anda
  • Mengatasi perasaan takut dan malu
  • Menghargai diri anda
Menjadi asertif
Asertif dapat membantu anda dan menyatakan pandangan anda secara jelas dan tidak agresif.
  • Meluahkan pemikiran, perasaan, permintaan dengan jelas, apa yang anda kehendaki
Tip untuk menjadi asertif:
  • Menunjukkan kemesraan
  • Menggunakan hubungan mata yang baik
  • Bercakaplah dengan tenang dan jelas
  • Membuat permohonan secara terus dan jelas
    • Contoh : "Tolong buatkan ini untuk saya..."
  • Elak menggunakan soalan sebagai arahan (membuat orang lain berkata "tidak")
    • Contoh : "Bolehkah anda tolong....?" sebaliknya "Sudikah anda ...?" atau "Adakah anda rasa anda boleh ...?"
  • Luahkan perasaan dan fikiran dengan empati
  • Katakan "tidak" kepada apa yang anda tidak ingini
  • Tumpukan perhatian dengan apa yang ingin diubah
  • Elakkan menuduh dan menyalahkan orang lain
  • Beri maklum balas dengan tenang dan rasa hormat
  • Jangan bersangka buruk
  • Gunakan ayat "saya" berbanding ayat "awak"
    • Contoh:"Saya merasa tersinggung apabila anda memeriksa barang kepunyaan saya tanpa izin", berbanding "Awak membuat saya marah bila masuk ke bilik saya dan menyelongkar barang saya tanpa izin"
  • Ulangi pandangan anda, dengan nada yang rendah dan menyenangkan
Berinteraksi secara positif
  • Ambil inisiatif untuk membantu orang lain
  • Mendekati orang lain dengan cara yang boleh diterima
  • Dapatkan kebenaran lebih baik dari mendesak
  • Belajar untuk mendapat dan mengekalkan persahabatan
  • Berkongsi bahan/permainan
Pengendalian konflik
Mengetahui cara menghadapi konflik akan membantu anda meneruskan hidup dengan lebih baik.
Strategi pengendalian konflik:
  • Kawal emosi anda - Lihat Ketenangan
  • Jauhkan diri dari situasi yang boleh menimbulkan kemarahan anda
  • Luahkan perasaan anda secara asertif
  • Kenal pasti sebab berlakunya konflik. Siapakah yang bertanggungjawab? Sekiranya perlu, jauhkan diri dari orang yang menimbulkan konflik dan memikirkan cara dan merancang strategi untuk menyelesaikannya
  • Bertanya kepada orang tersebut sama ada dia mempunyai masa untuk berbincang
  • Beritahu mereka bagaimana perasaan anda (contohnya : Saya sangat sedih ketika ini)
  • Dengar. Dengar. Dengar. Benarkan orang itu memberi maklum balas
  • Berbincang tentang alternatif lain untuk menyelesaikan konflik tersebut
  • Teruskan untuk berbincang dengan tenang
  • Sekiranya konflik itu tidak boleh diselesaikan atau kemarahan anda semakin bertambah, beritahu orang itu yang anda perlu beredar dan ingin membicarakan tentang hal tersebut kemudian

Pemakanan Semasa Mengandung


Pregnant Mother Love Affection


Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?
Tujuannya ialah :
  • Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
    • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
    • Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
    • berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
    • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.
Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya?
  • 6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
  • 3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin c dan satu dalam vitamin A)
  • 2-4 hidangan susu atau produk tenusu
  • 3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
  • 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.
Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?
  1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
    • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
    • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
    • Vitamin A (hati, susu, telur)
    • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
    • Vitamin C (jambu, betik dan limau)
    • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
  2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.

Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?
  1. 'Lactose intolerance'
    • Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
    • Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardines, ikan bilis)
    • Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
    • Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
  2. Loya (Morning Sickness)
    • Makan pada waktu makan yang teratur.
    • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
    • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
    • Minum banyak air.
  3. Sakit ulu hati (Heartburn)
    • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
    • Kunyah makanan dengan perlahan.
    • Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
  4. Sembelit (Constipation)
    • Minum banyak air.
    • Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...