General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

Jan 7, 2012

DIALOG : MANUSIA, MALAIKAT, SYAITAN



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Jan 6, 2012

Kita Sebenarnya..

KITA SEBENARNYA.. lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.

KITA SEBENARNYA.. lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA.. lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA.. lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.

KITA SEBENARNYA.. lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujaan.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyebut hello atau hai daripada Assalamualaikum.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.

KITA SEBENARNYA.. kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka memaki, mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

KITA SEBENARNYA.. lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.

KITA SEBENARNYA.. lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat. 

KITA SEBENARNYA.. lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

Tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

Jan 5, 2012

DIMANAKAH KITA ?

Jan 4, 2012

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK ?

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a..s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...