General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

Dec 23, 2010

Renung-renungkan laaa... =(



Love Myspace Comments
http://daadaatumbuya.blogspot.com

Nov 3, 2010

Islam: Mari Menjadi Manusia...

Bercakap memang mudah. Benar, kita manusia tapi belum tentu kita ada sifat kemanusiaan. Manusia dan kemanusiaan, hakikatnya dua benda berbeza. Manusia diciptakan Allah, bukan untuk bermain-main atau tiada tujuan. Ramai manusia kabur dan tidak nampak apa tujuan dia hidup. Maka, dia mudah berputus asa. Hidupnya sukar, penuh dengan duka, tidak kenal erti ketenangan dan tidak bahagia. Jiwanya kosong, tercari-cari matlamat hidup. Faktor utama ialah kerana tidak tahu.

Moga-moga artikel pendek ini berjaya merubah keadaan kita yang "'tidak tahu" menjadi "tahu".

Firman Allah dalam surah Al-Mukminun ayat 115..

"Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu bermain-main (tanpa ada maksud) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"

Suatu ayat sindir, Allah tujukan kepada kita untuk kita sama-sama muhasabah diri.

Secara asasnya, manusia diciptakan Allah dengan 3 komponen, iaitu Hati, Akal dan Jasad. Ketiga-tiga komponen ini ada tugas dan peranan. Peranan hati ialah untuk membuat pilihan. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 29.

" ... maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.."

Dalam hidup,manusia diberi pelbagai pilihan. Pilihan samada untuk mengalihkan pandangan atau tidak apabila ternampak aurat manusia, membuat pilihan sama ada mahu bercakap atau diam apabila mendengar azan, membuat pilihan samada mahu menegur atau lari apabila mendengar orang mengumpat, dan lain-lain. Siapa kata dia tiada pilihan, maka dia pembohong. Pilihan sentiasa ada, cuma kekuatan saja yang kadang ada kadang tiada. Kerana itulah wujud "'dosa terpaksa".

Peranan Akal pula ialah untuk berfikir. Berfikir akan baik buruk sesuatu benda. Memikirkan kesan dan akibat dan memikirkan bagaimana mahu mendapat redha Allah. Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 36

"Dan janganlah engkau mengikut sesuatu yang kamu tidak tahu. Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya".

Sangat jelas, peranan akal untuk berfikir dan menilai sesuatu, sebelum bertindak. Contohnya,jika aku tinggal solat, apa kesannya kepada aku? Jika aku bercouple, apa kesannya kepada aku? Jika aku tengok filem tu, apa kesannya kepada aku? Semua persoalan ini harus dinilai oleh akal.

Akhir sekali, peranan jasad iaitu untuk beramal. Tipulah jika kita mengaku kita beriman, tapi tidak beramal. Tipulah jika kita mengaku beriman tapi tidak dibuktikan dengan perbuatan. Rasanya tidak perlu huraian yang panjang bagi amal. Cukuplah kita faham bahawa kita tidak dikira beriman selagi kita belum melaksanakan tuntutan iman.

Dengan wujudnya 3 komponen penting ini dalam diri manusia, layaklah manusia menjadi sebaik-baik makhluk, berbeza dengan haiwan. Namun, dengan anugerah hati, akal dan jasad ini, Allah telah memberi kita amanah sejak kita di alam roh hingga hujung nyawa. Amanah yang memerlukan kepada pengorbanan dan perjuangan.

Apakah amanah-amanah itu?

Ia adalah tuntutan ibadah dan menjadi khalifah.

Firman Allah dalam surah Adz-Zariyat ayat 56 :

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".

Tiada persoalan, tiada bantahan. Jelas.

Selain beribadah, kita juga adalah khalifah di muka bumi ini. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Allah dalam ayat ke 30 dalam surah al-Baqarah;

"Aku hendak menjadikan khalifah dimuka bumi ini".

Sesuatu yang kita harus hayati ialah bagaimana untuk kita melaksanakan dua perkara dalam satu masa, iaitu beribadah dan menjadi khalifah.

Secara teori, ia mudah kerana menjadi khalifah itu sendiri ialah ibadah kerana segala perbuatan kita adalah ibadah kepada Allah s.w.t. Kita diperintah oleh Allah untuk memakmurkan bumi. Maka, jika orang tanya saya apa matlamat hidup saya, saya akan menjawab saya mahu menjadi manusia yang bermanfaat.

Matlamat hidup,tujuan hidup dan apa yang saya kejar di dunia ini hanyalah apa yang Allah suruh- iaitu menjadi manusia yang bermanfaat dan sentiasa beribadah kepada-Nya.

Akhir sekali, selepas kita diberikan amanah, Allah menyediakan balasan kepada kepada kita. Jelas, orang-orang yang berusaha menunaikan amanah, Allah sediakan syurga dan bagi manusia yang tidak tahu, tidak mahu dan tidak peduli dengan amanah ini, Allah sediakan neraka. (Nauzubillah).

Kesimpulan

Saya juga masih mencuba-cuba untuk menjadi manusia. Manusia yang ada "fungsi", ada matlamat dan ada tujuan. Ia memang tidak mudah, tapi cukuplah jika Allah tahu saya berusaha dan akan terus berusaha sehingga saya mati. Semoga usaha saya ini diterima Allah s.w.t.

Islam: 10 Soalan Sebelum Bertunang

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.


10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu  penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Oct 14, 2010

Islam: Hasad Dengki..

Kesihatan mental merupakan sesuatu yang amat penting bagi individu dan masyarakat. Mental atau hati yang sihat akan membuatkan manusia selalu berada dalam kebaikan, sedangkan hati yang sakit akan berpengaruh negatif terhadap sikap dan perilakunya. Ketidaktaatan manusia kepada Allah s.w.t bukanlah kerana faktor rendahnya kadar intelektual, tetapi lebih kepada hatinya yang tidak sihat. Akibatnya, ramai orang atau manusia yang kehilangan nilai-nilai kemanusiaannya sehingga darjatnya menjadi begitu rendah, bahkan lebih rendah daripada binatang ternak sekalipun.

Dalam sebuah hadis, baginda Rasulullah s.a.w ada menyebutkan yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa pada tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah tubuh itu dan apabila ia buruk, buruklah tubuh itu. Segumpal daging itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ada banyak penyakit mental yang menyerang manusia. Satu di antaranya adalah hasad. Dalam lisan al-Arab, disebutkan bahawa hasad adalah seseorang yang menginginkan hilangnya kesenangan yang dimiliki oleh orang lain dan berusaha memindahkan kesenangan itu agar berpindah kepada dirinya. Dalam pemahaman dari sudut bahasa kita, hasad seringkali disebut sebagai iri hati atau dengki terhadap prestasi atau keberuntungan yang dicapai oleh orang lain. Urutan daripada sikap ini ialah berusaha menghilangkan keberuntungan itu agar beralih kepada dirinya.

Dalam kehidupan Rasulullah s.a.w, di antara pihak yang iri hati kepada baginda adalah orang-orang kafir, baik dari kalangan Yahudi, Nasrani mahupun orang-orang musyrik, begitu juga dengan orang munafik. Oleh kerana itu, Allah s.w.t berpesan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat agar bersabar dan terus memperkukuhkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dalam menghadapi sikap mereka.

Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud: 

“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali-Imran: 120) 

Kepada orang-orang yang beriman, Allah s.w.t menegaskan agar sikap hasad ini dijauhi daripada diri mereka kerana ia merupakan salah satu sikap yang tercela dalam pandangan Allah s.w.t dan Rasul-Nya sehingga sikap dianggap sebagai sesuatu yang amat tidak wajar untuk dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Hakikat ini ditandai oleh firman Allah s.w.t, yang bermaksud: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang telah dikurniakan Allah s.w.t kepada sebahagian kamu lebih banyak dari pada sebahagian yang lain.” (al-Nisaa: 32) 

Hasad merupakan sikap tercela dan perkara itu akan membawa kesan yang negatif, baik bagi diri pelakunya mahupun terhadap orang lain. Terhadap diri pelaku – akan lahir sikap dan sifat negatif seperti tidak menyukai kritikan dan saranan, lebih-lebih lagi kalau perkara itu datangnya daripada orang yang dia berhasad kepadanya. Oleh hal yang demikian itu, kita harus mengetahui apa yang menjadi penyebab utama lahirnya sikap hasad ini agar dengan kita mampu menjauhinya sehingga sikap yang buruk ini tidak bertapak di dalam diri kita. 

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t telah menyebutkan dua sebab utama yang membuatkan seseorang itu berlaku hasad. Pertama, rasa permusuhan dan kebencian kepada seseorang. Fakta sejarah menunjukkan bahawa orang kafir, musyrikin dan munafik tidak suka melihat kemajuan yang telah dicapai oleh Rasulullah s.a.w dengan para sahabat. Akibatnya, mereka tidak segan-segan menganiaya, memusuhi bahkan memerangi baginda. Lantaran itu terjadilah sejumlah peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w disebabkan rasa permusuhan dan kebencian yang membuatkan mereka menjadi iri hati. Itulah sebabnya, mengapa golongan seperti itu tidak boleh dijadikan sebagai teman kepercayaan sebagaimana firman Allah s.w.t, yang bermaksud: 

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan kepadamu. Mereka menyukai apa yang menyusahkanmu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, dan apa yang disembunyikan hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (Ali-Imran: 118) 

Sebab kedua munculnya sifat hasad itu ialah bersikap sombong (takbur), iaitu merasa diri sendiri yang paling baik, paling benar atau paling hebat. Daripada sifat dan sikap seperti ini, seseorang itu tidak suka terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain sehingga kemajuan dan kejayaan orang lain itu harus dihadang, bahkan kalau perlu dihentikan dengan berbagai-bagai cara. Dari sinilah salah satu faktor yang menyebabkan lahirnya perilaku yang tidak diingini dan akhlak tercela dalam hubungan antara manusia terhadap manusia yang lain, bahkan menolak nilai-nilai kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. 

Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud: “Dan berkatalah pemimpin-pemimpin yang kafir di antara kaumnya dan yang mendustakan akan hari akhirat (kelak) dan yang telah Kami mewahkan mereka dalam kehidupan di dunia: (orang) ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, dia makan daripada apa yang kamu makan, dan minum daripada apa yang kamu minum. Dan sesungguhnya jika kamu sekalian mentaati manusia yang seperti kamu, nescaya kamu benar-benar (menjadi) orang-orang yang rugi.” (al-Mukiminun: 33-34) 

Oleh kerana kesombongan merupakan sesuatu yang sangat buruk, maka sewajarnyalah Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sifat sombong meskipun hanya sebesar biji sawi.”

Meskipun sikap hasad itu merupakan sikap yang buruk dan mesti kita hindarkan daripada diri kita, namun Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa tidak semua sikap hasad itu buruk. Ada juga yang positif sehingga boleh dimiliki dan dilakukan. Perkara ini dinyatakan oleh baginda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Hasad tidak diperbolehkan kecuali dalam dua perkara, iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t harta yang banyak lalu digunakan untuk kepentingan kebenaran dan iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t dengan ilmu yang banyak lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Riwayat Bukhari)

Hasad dalam dua hal yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di atas akan membuatkan seseorang Muslim itu semakin tinggi semangatnya dalam mencari harta untuk dimanfaatkan ke jalan Allah s.w.t dan terus berusaha menambah atau memperbanyakkan ilmu untuk dimanfaatkan dalam segala bentuk kebaikan sehingga memberi kebaikan yang besar kepada orang lain. Ini bermaksud, keinginan menjadi baik bukan semata-mata keinginan yang dikhayalkan, tetapi setiap orang harus berusaha semaksimum mungkin untuk memperoleh apa yang menjadi keinginan baiknya itu. 

Jika seseorang ingin memperoleh harta untuk digunakan dengan baik dan memberi manfaat kebaikan kepada orang lain, maka dia harus berusaha untuk mendapatkan harta itu secara bersungguh-sungguh dan dengan cara-cara yang halal. Dan apabila ingin memiliki ilmu yang banyak untuk diajar dan dimanfaatkan ke jalan kebaikan, maka seseorang itu harus menuntutnya secara serius sehingga dia menjadi orang yang alim dan boleh memanfaatkan ilmunya itu pada jalan hidup yang benar.

Akhirnya, menjadi kemestian kita bersama untuk terus menjaga kebersihan jiwa kita agar menjadi sihat dan dapat mengarahkan kita kepada kehidupan peribadi yang soleh. Insya-Allah.

Oct 7, 2010

Pray..

I just want to share this beautiful poem by Fatma Muslima I found on the web. It is thought provoking and should be a good reflection for us.

"PRAY"

I knelt to pray but not for long,
I had too much to do.
I had to hurry and get to work
For bills would soon be due.

So I knelt and said a hurried prayer,
And jumped up off my knees.
My Muslim duty was now done
My soul could rest at ease.

All day long I had no time
To spread a word of cheer.
No time to speak of Allah to friends,
They’d laugh at me I’d fear.

No time, no time, too much to do,
That was my constant cry,
No time to give to souls in need
But at last the time, the time to die.

I went before the Lord,
I came, I stood with downcast eyes.
For in his hands God held a book;
It was the book of life.

God looked into his book and said
Your name I cannot find.
I once was going to write it down…
But never found the time.

Oct 1, 2010

20 Tips Dalam Percintaan


1.Adalah sesuatu yang menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dia seorang sahaja yang dicintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya. 

2.Paling menarik apabila kamu sekali sekala mengirimkan kad ucapan yang dibuat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih. Hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya. 

3.Setiap saat kamu harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang dilakukan. Percayalah apabila kamu mengingatinya si dia juga pasti akan mengingatimu 

4.Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidupmu kerana dalam semua hal kamu tidak pernah berahsia dengannya. 

5.Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas kamu adalahberi sokongan padanya agar bangkit memperbaiki kesilapan bukan membuatkan dia lebih rasa rendah diri. 

6.Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya kamu rindukan dia terutama apabila sidia tidak ada di sampingmu walaupun sesaat. 

7.Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.

8.Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak tunjuk. Jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah sidia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi. Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah. 
Berbunga-bunga hati bila kamu beri hadiah padanya. 

9.Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu. 

10.Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain darinya. 

11.Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan serta sambutan yang berlainan setiap tahun. 

12.Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan. 

13.Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hatimu. Belajarlah berterus terang. 

14.Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam. 

15.Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya kamu pula yang membeli makanan dan minuman ringan. 

16.Hargailah 'privacynya' jangan sesekali menceroboh membaca diarinya. 

17.Sekiranya ada kelapangan, ajaklah sidia bercuti. 

18.Jika kamu mempunyai lesen memandu janganlah biarkan hanya sidia sahaja yang memandu. Tawarkanlah bantuan kamu untuk membantunya memandu. Tidaklah sidia rasa seperti pemandu.. 

19.Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang mengetahuinya. 

20.Apabila berlaku perkara-perkara memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang kamu tidak mengetahuinya.


Sep 27, 2010

Article: Islam : Kahwin Kerana Apa?

Kahwin Kerana Apa?
www.iLuvislam.com
dihantar oleh : naurah_islam


ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia. Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari. Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan. Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan.

Pakar motivasi, Ahmad Shukri Yusof, berkata kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka. Menurutnya, kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini.


Kriteria

Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa.

"Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas," katanya.

Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud:

"Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti."(Riwayat Abu Hurairah)


Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya."

Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai suami atau isteri. Pasangan itu pula biarlahsepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri. Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri.

Ahmad Shukri turut mengingatkan anak muda supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas dalam memilih jodoh. "Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta. Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya berpanjangan," katanya. Beliau berkata, golongan muda perlu menilai dan memahami perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari. Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis panduan terbabit.

"Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya." Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan.

"Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik," katanya.


Oleh: Idris Musa
idris@hmetro.com.my

Sep 25, 2010

3 Good Qoutes

Good Qoutes to share...

"Never allow someone to be your priority while you're just their option"

"The real art of conversation is not only to say the right thing at the right time, but also to leave unsaid the wrong thing at the tempting moment."

"Remember the past, plan for the future, but live for today, because yesterday is gone and tomorrow may never come"

Sep 23, 2010

What Does Your Sleeping Position Say About You

There are eight main sleeping poses. Just try to remember which one you prefer and read what it tells about you.


What Does Your Sleeping Position Say About You Seen On www.coolpicturegallery.net

What Does Your Sleeping Position Say About You Seen On www.coolpicturegallery.net

What Does Your Sleeping Position Say About You Seen On www.coolpicturegallery.net

What Does Your Sleeping Position Say About You Seen On www.coolpicturegallery.net

What Does Your Sleeping Position Say About You Seen On www.coolpicturegallery.net

What Does Your Sleeping Position Say About You Seen On www.coolpicturegallery.net

What Does Your Sleeping Position Say About You Seen On www.coolpicturegallery.net

What Does Your Sleeping Position Say About You Seen On www.coolpicturegallery.net

Sifat-Sifat Manusia Menurut Al-Quran


Walaupun asal-usul, kelahiran dan tempat tinggalnya adalah di atas dunia, (QS
6: 2; 7: 11-12; 15: 126; 22: 5; 23: 12; 32: 7; 35: 11; 55: 14) sesungguhnya
manusia adalah makhluk sorgawi yang sedang berada di dalam perjalanan
menuju sebuah kehidupan spiritual di akhirat nanti. (QS 6: 166; 8: 28; 10: 4;
18: 7; 21: 35; 29: 2-3, 10-11; 45: 22; 47: 31, 38; 67: 2; 76: 2-3) Kehidupan di
atas dunia ini adalah sebuah ujian, dan sangat penting bagi manusia:

Barang siapa buta di atas dunia ini, maka buta pulalah ia di akhirat nanti
dan semakin menyimpang dari jalan (Allah).” (QS 17: 72)
Sifat asli manusia adalah yang sebaik-baiknya dan roh Tuhan telah
ditiupkan ke dalam dirinya. (QS 15: 29; 7: 140; 30: 30; 39: 9; 95: 4) Kepada
manusia telah diberikan berbagai kemampuan dan karunia. (QS 16: 78; 32: 9;
55: 3-4; 67: 23; 90: 8-10) Bukan hanya bumi beserta segala kekayaannya telah
diciptakan untuk dinikmati manusia, (QS 2: 29, 57, 60, 168; 7: 10; 55: 10-13;
67: 15) tetapi seluruh alam semesta telah dibuat tunduk kepadanya. (QS 14:
32-34; 16: 5-18; 31: 20; 45: 12-13; 67: 15) Dengan dilengkapi kepribadian
yang unik dan unggul, (QS 17: 70; 2: 30, 34; 7: 11; 15: 26-31; 91: 7; 95: 4)
kesanggupan untuk mengambil keputusan-keputusan moral dan memilih dari
berbagai alternatif, (QS 76: 2-3; 5: 48; 40: 8-10; 11: 118) anak-anak Adam
telah diangkat Allah sebagai khalifah-khalifah-Nya di atas bumi. (QS 2: 30; 6:
166) Namun kesanggupan-kesanggupan alamiah manusia tersebut dapat
dilumpuhkan atau ditingkatkan. (QS 91: 7-10)

Dengan petunjuk-petunjuk dari kitab suci yang hukumnya bagi manusia
adalah akal,makhluk yang memiliki intelegensi ini harus memanfaatkan
kemerdekaan berpikir dan memilih untuk melengkapi dirinya dengan
motivasi-motivasi, sikap-sikap, prinsip-prinsip, ide-ide, nilai-nilai dan
kriteria-kriteria yang benar, dan berbuat benar di dalam sebuah lingkungan
moral- matrial yang berkembang sendiri dan bermafaat untuk meningkatkan
kemampuan-kemampuannya dengan setinggi-tingginya.

Ketergesa-gesaan, (QS 17: 11; 21: 37) keserakahan, (QS 3: 179; 4: 37; 9: 34-
35; 17: 100; 47: 8; 104: 2-9; 89: 17-20) ketidaksabaran, keragu-raguan, (QS
20: 115; 70: 19-21) kecongkakan, (QS 3: 187; 4: 36-37; 16: 22-23, 29; 17: 37,
83; 35: 42-43; 40: 83; 57: 23-24; 75: 31-36; 90: 4-7) sikap tidak berterima
kasih, (QS 11: 9-10; 16: 53-55, 83; 39: 7-8; 40: 61) ekshibisionisme, (QS 24:
41; 33: 33) sikap yang merusak diri sendiri, (QS 3: 164; 4: 79; 6: 124; 9: 44;
10: 44; 11: 101; 16: 33-34, 118; 30: 41; 42: 30) sangat mencintai hasrat-hasrat,
perempuan, kekayaan dan harta-benda adalah pertanda dari kelemahan
manusia.(QS 3: 13; 4: 28)

Namun kelemahan-kelemahan ini bukanlah sifat-sifat manusia yang
hakiki maupun kecenderungan-kecenderungan yang telah ditetapkan
bagi setiap ras atau individu yang manapun juga. Dengan dilengkapi oleh
program iman-didalam-aksi Islam di dalam totalitasnya, manusia sanggup dan
harus mencegah dirinya dikalahkan oleh godaan-godaan kehidupan duniawi
yang materialistis-individualistis, yaitu dengan mengangkat hasrat-hasratnya
menjadi Tuhan.(QS5: 48-49, 77; 6: 151; 7: 176; 25: 43; 45: 18, 23-24; 57:20)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...