General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

Nov 4, 2011

Doa Selamat dari Kedengkian

Artinya: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hasyr: 10).
Penjelasan:
Dalam Al-Quran dikisahkan, bahwa doa di atas dibaca oleh orang-orang beriman yang mengikuti perjuangan salaf as-Shalih dari kalangan Muhajirin dan Anshar. Mereka memohon agar tetap melanjutkan serta meneladani keshalihan, semangat jihad dan kesucian hati mereka.

Nov 3, 2011

7 Kalimat Allah

” Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut “
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi biasa 

Nov 2, 2011

Sekadar renungan




Sekadar renungan untuk kita sama-sama fikirkan sejenak... 

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI 
Bila jadi baik, ORANG MELUAT 
Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM 
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH.. APA LAH NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?" 
Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA 
Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN 
Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGUS 
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR 
Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR' 
Bila kita pakai 'dedah sana-sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free 
Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!" 
Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?" 
Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?" 
Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?" 

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan ALLAH SWT terhadap kita, bukan pandangan manusia yang diciptakan oleh ALLAH SWT. dan kita takkan boleh tutup mulut orang sampai dia mati.

HASAD DENGKI

Sahabat yang dirahmati Allah.



Dalam diri manusia terdapat seketul daging jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh seluruh anggota yang lain, maka seketul daging itu adalah hati.

Hati memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia kerana elok hati maka eloklah manusia itu. Jika kotor hati maka buruklah akhlak manusia itu. Oleh itu hati perlu dibersihkan selalu. Apabila hati sihat maka rohani akan sihat.

Allah tidak melihat manusia berdasarkan paras wajah yang cantik atau tampan. Allah tidak juga melihat akan kehebatan atau terkenalnya manusia itu dalam masyarakat atau negara. Tetapi yang akan dilihat oleh Allah S.W.T adalah pada hati-hati manusia.

Sabda Rasulullah S.A.W daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.”

(Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu Allah sangat membenci orang yang membutakan hatinya. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kami jadikan sebagai isi Neraka Jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat Allah. Dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.”

(Surah al-Araf, ayat 179)

Orang yang disebut Allah dalam firman-Nya itu ternyata rohaninya (hatinya) tidak sihat dan tentunya berpenyakit. Apabila rohani berpenyakit maka berlakulah sifat bertentangan tuntutan agama dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan manusia itu ingkar kepada Allah.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta.”

(Surah al-Baqarah ayat 10)

Salah satu penyakit rohani yang cukup akrab menghinggapi orang Islam ialah penyakit hasad dengki. Penyakit ini adalah sifar mazmumah yang boleh menjadi sebagai kaya bakar yang akan membakar (menghapuskan) amal-amal soleh seseorang.

Sahabat yang dimuliakan,

Sifat hasad dengki adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : ".. ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) kerana kurnia yang telah diberika Allah kepadanya? Sungguh , Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepada mereka kerjaan (kekuasaan yang besar)."

(Surah an-Nisa' ayat 54)

Asbabun Nuzul surah an-Nisa' ayat 54.

Ibnu Abbas r.a menjelaskan bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan kaum Nasrani dan Yahudi yang suatu ketika berkata : "Muhammad menganggap dirinya telah diberi kenabian, kemenangan dan al-Quran dengan sifat tawaduk, sedangkan ia suka wanita. Maka raja manakah yang lebih utama daripada dia?

(Hadis Riwayat Ibnu Abi Hatim)

Sahabat yang dikasihi,

Terdapat 10 perkara yang boleh mengubati hati yang mempunyai hasad dengki. Perkar tersebut adalah seperti berikut :

1. Ilmu yang bermanfaat

Kerana hakikat ilmu yang bermanfaat akan mencegah pelakunya dari mewujudkan hasad dengki. Dia akan menyadari bahwa hasad dengki hanya akan membahayakan dunia dan agamanya. Bahaya bagi agamanya kerana dengan hasad dengki dia akan menentang takdir Allah. Bahaya bagi dunianya, kerana hati orang yang hasad dengki akan merasa pedih dan sakit apabila melihat orang yang dia dengki mendapat nikmat. Carilah ilmu yang bermanfaat yang menerangi jalan kehidupan yang akan mencegah dari kesalahan. Kemudian amalkanlah.

Firman Allah S.W.T. maksudnya :

“ Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (Pengetahuan tentang isi al-Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh setan (sampai dia tergoda). Maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. Dan kalau kami menghendaki, sesungguhnya kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan memperturutkan hawa nafsunya yang rendah. (Surah al-A’raf ayat 175-176)

2.Bertaubat kepada Allah S.W.T.

Bertaubat kepada Allah S.W.T. boleh menghapuskan dosa seseorang. Taubat nasuha dan menyesali akan dosa kerana hasad dengkinya, meninggalkan dan bertekat untuk tidak mengulanginya kembali di masa akan datang. Apabila penyakit ini datang ia bersegeralah minta ampun kepada Allah S.W.T. semoga Dia mengampunkan dosa-dosanya.

3. Berfikir positif dan merenungi akibat keburukan hasad dengki.

Apabila kita memikirkan bahawa betapa besarnya dosa hasad dengki ini dan balasan yang dahsyat akan diberikan oleh Allah S.W.T kepada sesiapa yang berhasad dengki ketika di dunia, maka perasaan ini boleh menjadi motivasi untuk dijauhi penyakit ini.

4. Menerima takdir Allah S.W.T. dengan lapang dada.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :

“Terimalah apa yang Allah berikan padamu, nescaya engkau menjadi manusia yang paling kaya."

Imam Ibnu Sirin mengatakan : “ Aku tidak pernah hasad kepada seorangpun dalam urusan dunia, kerana apabila ia ahli syurga, bagaimana mungkin aku hasad padanya dalam urusan dunia yang itu tidak ada nilainya di syurga nanti. Apabila ia termasuk ahli neraka , maka bagaimana mungkin pula aku hasad padanya dalam urusan dunia sedangkan dia akan masuk neraka?

5. Doakan saudara kita.

Apabila hati kita dijangkiti hasad dengki, maka doakanlah kebaikan pada orang yang kita dengki semoga ia dirahmati Allah, kerana doa akan menimbulkan keajaiban, merubah keadaan yang buruk menjadi baik. Pertanda bahwa diri kita tidak ada hasad dengki dan tidak ada tujuan kecuali kebaikan bagi saudara kita.

6. Mencinati saudara sesama muslim semata-mata kerana Allah.

Cintailah saudara kita kerana Allah, mulakan dengan menyanyakan kabar kepada dirinya, agar hasad dengki dalam jiwa kita hilang dan orang yang kita ingin berhasad dengki menjadi orang yang kita berbaik dengannya. Kerana apabila seorang sudah menjadi sahabat kita maka mudah untuk kita mencintainya, dengan ini perasaan hasad dengki akan berkurang dan hilang.

Cubalah, berkemungkinan cara ini agak sukar akan tetapi mujarab. Ingatlah selalu firman Allah yang berbunyi :

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.”

7. Menziarahi saudara sesama muslim.

Menziarahi seorang muslim terhadap saudaranya boleh melahirkan kasih sayang.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :

“ Barang siapa yang menjenguk orang sakit, atau mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka dia akan dipanggil dari atas langit : Semoga engkau menjadi baik, baik pula perjalananmu dan engkau meraih kedudukan di syurga.”

8. Jangan diam dari kemungkaran.

Apabila di dalam satu majlis, jika ada saudara kita yang menceritakan mengenai keburukan saudara kita yang lain kerana perasaan hasad dengki maka kita perlu bela dan tidak boleh berdiam diri. Beritahu pada orang yang mempunyai hasad dengki itu supaya menyedari akan perbuatannya itu adalah berdosa semoga dengan tindakkan kita ini boleh menghilangkan perbuatan hasad dengki tersebut.

9.Mengutamakan orang lain.

Apabila kita mengetahui ada seseorang yang berhasad dengki dengan kita, dan kita berjumpa disatu majlis maka kita perlu mulakan dahulu dengan memberi salam dan menyanyakan khabar beritanya, supaya dengan sikap kita yang berbaik-baik dengannya boleh mengurangkan perasaan tersebut yang ada pada dirinya.

10.Minta nasihat darinya.

Secara hikmahnya kita cuba minta nasihat daripada orang yang suka berhasad dengki dengan kita supaya dengan sikap kita yang berbaik-baik dengannya akan menghilagkan perasaan tersebut .

Ibnu Abbas r.a berkata : “Tiga perkara yang aku tidak dapat membalasnya kecuali doa : 1. Seorang yang masuk menemuiku dalam suatu majlis, dia berdiri dengan senyum dan gembira. 2. Seorang yang memberi kelapangan kepadaku dalam majlis. dan 3. Seorang yang tertimpa masalah, kemudian dia minta pendapatku. Mereka adalah orang-orang yang aku tidak dapat membalas kebaikannya kecuali dengan doa.”

Demikianlah sedikit pembahasan masalah hasad dengki. Kita berlindung kepada Allah S.W.T. agar terhindar dari keburukan sifat hasad dengki sesama muslimdan Allah S.W.T.

Sahabat,

Marilah sama-sama kita menjauhkan sifat hasad dengki kerana sifat ini menyebabkan kita akan jauh daripada rahmat Allah S.W.T dan dekat dengan azabnya. Salah satu sifat ahli neraka adalah semasa di dunia suka berhasad dengki dan tidak suka kepada nikmat Allah S.W.T yang diberikan kepada hamba-hamba-Nya yang lain.

Doa Selamat dari Fitnah

Artinya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka Jahanam. Aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur. Aku berlindung kepada-Mu dari fitnah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepada-Mu dari fitnah hidup dan fitnah mati. Aku berlindung kepada-Mu dari banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepada-Mu dari dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepada-Mu dari mati dalam keadaan ingkar kepada agama-Mu.”
Penjelasan:
Dalam hadis riwayat Imam Ashhab Al-Sunnah dari Ibnu Abbas dljelaskan, bahwa Rasulullah Saw. senantiasa membaca doa di atas.

Surah al-Falaq pendinding serangan hasad dengki

Tajdid Iman: Dr Juanda Jaya

JANGAN pernah berasa aman jika anda memiliki sejuta nikmat kerana pasti ada yang akan menjeling tajam sambil berusaha menghilangkan nikmat itu daripada diri anda. Kita seharusnya celik melihat, tajam mendengar dan sensitif merasa apakah bahaya itu dan sentiasa berwaspada terhadap manusia di sekeliling kita.
Bermacam rupa bentuk mereka, yang licik dan licin memerangkap sesiapa saja yang dianggap musuh. Ada yang manis mulut lagi berbudi bahasa, namun pada hakikatnya menikam daripada belakang.
Seperti perbuatan si munafik Abdullah bin Ubai, orang yang mengaku Islam tetapi memusuhi Nabi Salawatu Alai Wasalam. Baginda juga pernah merasai ketatnya permusuhan orang kafir dan Yahudi sehingga mereka menggunakan sihir untuk membunuh Nabi Salawatu Alai Wasalam.
Dinyatakan dalam sirah bahawa Rasulullah Salawatu Alai Wasalam jatuh sakit selama 40 hari (atau enam bulan atau setahun mengikut perselisihan riwayat) hasil perbuatan jahat akibat sifat hasad dengki itu. Lalu Baginda Salawatu Alai Wasalam membaca dua surah penyembuh dan pelindung diri iaitu al-Falaq dan al-Nas, kemudian datanglah Jibril mendoakan Rasulullah Salawatu Alai Wasalam yang bermaksud :
“Dengan Nama Allah aku menjampi engkau daripada setiap perkara yang boleh menyakitimu, daripada penghasad dan pendengki ’ain, semoga Allah menyembuhkan kamu.”
Sayyid Qutb dalam Fi Zilalil Quran menafsirkan mengenai surah al-Falaq ini dengan katanya:
“Seolah-olah Allah SubhanAllah Wa Taala sudah mempelawa perlindungan dan jagaan-Nya secara kasih sayang dan lemah lembut, seolah-olah Allah SubhanAllah Wa Taala berfirman: Datanglah ke sini, datanglah kepada perlindungan, datanglah ke tempat yang aman supaya kamu berasa tenang dan selamat di dalamnya dan datanglah kerana sebenarnya Kami mengetahui bahawa kamu adalah orang yang lemah dan memiliki banyak musuh dan di sekitar kamu banyak perkara yang menakutkan, sedangkan di sini terdapat keamanan, ketenangan dan kesejahteraan.”
Jika kita membaca surah al-Falaq sambil menghayati isi kandungannya, akan timbul satu keinsafan mengenai bahaya yang menakutkan cuba menggugat ketenangan hidup anda. Kejahatan setiap makhluk sentiasa mengintai dan menunggu saatnya melenyapkan kebahagiaan dimiliki.
Hanya kepada Allah SubhanAllah Wa Taala digantungkan harapan dan permintaan, Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Alangkah merbahaya tipu daya musuh dan kejamnya kejahatan yang dirancang. Tetapi anda masih mempunyai Tuhan yang lebih berkuasa lagi Maha Gagah.
Siapakah berani menikam orang yang meminta perlindungan kepada Allah SubhanAllah Wa Taala. Siapakah berani menghiris jiwa orang yang memohon penjagaan Allah SubhanAllah Wa Taala. Siapakah berani menuang racun ke dalam minuman seorang hamba yang dekat dan rapat dengan Tuhannya. Siapakah yang berani sedangkan Allah SubhanAllah Wa Taala bersama kita. Cubalah jika mahu merasai kekuatan Tuhan yang melindungi aku daripada kejahatan kamu. Begitulah kekuatan surah al-Falaq.
Sudah letih jiwa diasak persoalan yang tak kunjung jawapan. Mengapa ramai orang yang dengki ke atas nikmat yang Allah SubhanAllah Wa Taala beri. Dalam surah Yusuf diceritakan bahawa Nabi Yaakub menasihati Yusuf supaya tidak menceritakan perihal mimpinya itu kepada saudaranya.
Disebabkan Yusuf bersangka baik lagi mengasihi saudaranya, maka beliau pun mahu berkongsi kegembiraan itu bersama mereka. Akhirnya kedengkian dan hasad merasuk ke dalam hati saudara kandungnya sendiri sehingga melahirkan dendam dan kejahatan.
Sesungguhnya kisah Nabi Yusuf memberi pengajaran kepada kita supaya berwaspada apabila mendapat suatu anugerah atau nikmat yang hebat. Janganlah disebut dengan kebanggaan berlebihan hingga menimbulkan rasa cemburu orang yang mendengarnya.
Rasulullah Salawatu Alai Wasalam bersabda yang bermaksud:
“Jika seseorang mengalami mimpi baik dalam tidurnya, hendaknya dia tidak menceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang dicintainya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Penyakit hasad menyerang sesiapa saja yang lemah imannya, tidak kira si kaya atau miskin, orang alim atau tidak berilmu, pemimpin atau rakyat jelata, mereka semua terdedah dengan hasutan syaitan.
Ramai yang lupa bahawa sebenarnya sifat dengki yang bersarang di dada itu menunjukkan mereka berani melawan ketentuan Allah SubhanAllah Wa Taala ke atas diri hambanya yang lain? Bukankah bermakna dia musuh kepada nikmat Allah SubhanAllah Wa Taala kerana tidak mahu akur dengan qada’ dan qadar Allah SubhanAllah Wa Taala terhadap saudaranya.
Sememangnya si pendengki sudah membuka pintu permusuhan bukan hanya kepada orang yang didengki namun kepada Tuhan yang memberi kebaikan kepada saudaranya itu. Seolah dia berkata: “Tuhan tidak betul membahagi nikmat!” Pada hakikatnya dia juga berkata: “Tuhan tidak adil!” Dan yang paling teruk lagi dia berkata: “Tuhan zalim kepadaku!”
Firman Allah SubhanAllah Wa Taala yang bermaksud:
“Jika kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan) maka yang demikian itu menyakitkan hati mereka. Dan jika kamu ditimpa bencana mereka bergembira dengannya. Dan jika kamu bersabar dan bertakwa maka tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuan-Nya atas apa juga yang mereka lakukan.” (Surah Ali Imran, ayat 120)
Begitulah lumrah kehidupan, kita memerlukan hati yang sabar dan takwa untuk tetap tegar di atas pengkhianatan dan kejahatan orang yang mendengki. Sabar bukan bermakna duduk dan menangis sambil menadah tangan ke langit tetapi enggan berusaha membina kekuatan.
Tetapi di atas kedengkian orang lain anda mesti lebih menyerlah dan tidak mengaku kalah. Kerana sesungguhnya Allah SubhanAllah Wa Taala memberi kejayaan bagi orang yang mahu berusaha bukan untuk mereka yang lemah dan takut menghadapi hidup.
Firman Allah SubhanAllah Wa Taala yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh, benar-benar Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (Surah al-Ankabut, ayat 69)
Manusia boleh mendengki tetapi Allah SubhanAllah Wa Taala tetap membahagi menurut qada’ dan qadarnya, bukankah sia-sia saja melawan ketentuan Allah terhadap saudara kita?

Surah Al-Fatihah..

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ianya dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ianya merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.
Terjemahan rumi Arab Sebutan
1. “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
2. “Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
3. “Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ar-rahmâni r-rahîm
4. “Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)”
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Mâliki yawmi d-dîn
5. “Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan”
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa’iyyâka nasta`în
6. “Tunjukilah kami jalan yang lurus”
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
7. “Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn
Surah ini mengandungi beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh intipati Al Quran, iaitu :
Keimanan

Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat kedua, iaitu dinyatakan dengan tegas bahawa segala pujian dan ucapan syukur ke atas sesuatu anugerah dari Allah yang merupakan Pencipta dan sumber segala anugerah yang terdapat dalam alam ini. Di antara anugerah itu ialah ; anugerah menciptakan, anugerah mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab dalam kalimat Rabbul-’aalamiin tidak hanya bermaksud Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandung erti tarbiyah iaitu mendidik dan menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahawa segala anugerah yang dilihat oleh dalam diri seseorang sendiri dan dalam segala alam ini berpunca daripada Allah, kerana merupakan Tuhan Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan Penumbuhan oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan difikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat. Oleh itu, keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, iaitu : Iyyaaka na’budu wa iyyaka nasta’iin (Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan). Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.
Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran Nya sambil mengharap anugerah dan takut kepada seksaan Nya. Hal ini mengandung erti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah.

Oct 29, 2011

Ungkit-Mengungkit...

Allah SWT berfirman, "Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Rabb mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari shadaqah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah maha kaya lagi Maha penyantun. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) shadaqahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)," (Al-Baqarah: 262-264).
Dari Abu Dzarr r.a. dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda, "Tiga macam orang yang Allah tidak akan mengajak mereka bicara pada hari kiamat, tidak melihat mereka, tidak menyucikan mereka dan bagi mereka adzab yang pedih." Rasulullah mengulangi perkataan itu tiga kali. Abu Dzarr berkata, "Celaka dan merugilah mereka, siapakah mereka wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "orang yang memanjangkan celana atau kainnya melebihi mata kaki, mannan (orang yang mengunkit-ungkit pemberian) dan orang yang menjajakan dagangannya dangan sumpah palsu," (HR Muslim (106).
Dari Abu Umamah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, "Tiga macam orang yang Allah tidak akan menerima dari mereka tebusan ganti rugi, 'Anak yang durhaka terhadap orang tuanya, orang yang mengungkit-ungkit pemberian dan orang yang mendustakan takdir'," (Hasan, HR Ibnu Abi 'Ashim dalam kitab as-Sunnah [323], ath-Thabrani dalam Kabiir [7547]).
Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, "Tidak masuk syurga anak zina, mannan (orang yang mengungkit-ungkit pemberian), anak yang durhaka terhadap orang tuanya dan pecandu khamer (minuman keras)," (Hasan, HR Ahmad [II/203], ad-Darimi [II/112], Ibnu Hibban [3383]).
Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda, "Tiga macam orang yang tidak masuk syurga, Anak yang durhaka terhadap kedua orang tuanya, orang yang candu meinuman keras dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya," (Shahih, HR an-Nasa'i [V/80-81], Ahmad [II/134], al-Hakim [IV/146-147], al-Baihaqi [VIII/288], al-Bazzar [1875], Ibnu Hibban [7341]).

Kandungan Bab:
  1. Mengungkit-ungkit pemberian dan menyakiti si penerima merupakan sifat orang bakhil, karena dia merasa takjub dengan pemberiannya. Ia pun merasa pemberiannya adalah perkara yang besar meskipun sebenarnya kecil. Lalu ia iringi dengan mengungkit-ungkit pemberian dan menyakiti hati si penerima karena ia mengira dirinyalah yang telah memberi.
  2. Haram hukumnya al-mann (mengungkit-ungkit pemberian) dan al-adzaa (menyakiti si penerima). Karena kedua sifat ini membatalkan rasa syukur dan dapat menghapus pahala amal, seperti yang dikatakan oleh sebagian orang, mengungkit-ungkit pemberian dapat merusak seluruh kebaikan yang telah engkau berikan, seorang yang mulia apabila memberi tidaklah menyertakan pemberiannya dengan mengungkit-ungkit.
  3. Perkataan yang elok lebih beik daripada shadaqah yang diiringi dengan al-mann dan al-adzaa, berdasarkan firman Allah SWT, "Pekataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari shadaqah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah ahakaya lagi Mahapenyantun," (Al-Baqarah: 263).
  4. Benarlah perkataan Abu Bakar al-Warraq di bawah ini. Berbuat baiklah sebaik-baiknya, di manapun dan kapanpun, perbuatan hamba haruslah bersih dari al-mann
  5. Infak fi sabilillah termasuk perbuatan ma'ruf yang mendekatkan diri kita kepada Allah dan melindungi kita dari keburukan-keburukan, hendaklah amal tersebut benar-benar ikhlas mengharap wajah Allah semata. Allah SWT berfirman, "Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Rabb mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati," (Al-Baqarah:262).
Sumber: Diadaptasi dari Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali, Al-Manaahisy Syar'iyyah fii Shahiihis Sunnah an-Nabawiyyah, atau Ensiklopedi Larangan menurut Al-Qur'an dan As-Sunnah, terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Syafi'i, 2006), hlm. 1/601-602.

Menghina Orang Lain...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”
Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi
Huraian:
  • Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
  • Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

Sekadar Mengingatkan...

1. Perkataan yang cantik - ALLAH

2. Lagu yang merdu - AZAN

3. Novel yang menarik - AL QURAN

4. Senaman Yang Baik - SOLAT

5. Diet yang mujarab - PUASA

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",

"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",

Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

Oct 28, 2011

sepucuk surat dari ibu dan ayah (HD)


semoga kita menghargai ibu dan ayah kita sebelum mereka meninggalkan kita... 

Oct 27, 2011

Oct 25, 2011

Dosa Dalam Perkahwinan

Perkahwinan itu sesuatu yang mulia di sisi Allah S.W.T kerana bertujuan meramaikan umat Muhammad S.A.W di atas muka bumi ini. Bukan itu sahaja, perkahwinan itu juga suatu proses untuk kita membantu antara satu sama lain.
Benar, perkahwinan itu satu ibadah dan ganjaran pahala namun ia perkahwinan juga boleh mengundang dosa. Bak kata Bro Hamka penulisblog Kereta Mayat kita tak mampu lari dari dosa dalam dunia sekarang ni. Kiri, kanan, depan belakang semuanya dosa. Nauzubillah.
Tetapi sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah?
Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.
Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk kedalam hidup kita.
Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.
Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.
Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.
Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.
Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?
Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.
Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.
Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.
Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:
"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."
Ada juga yang berkata:
"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."
Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?
Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga.
Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?
Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?
Itu perlu ditanya pada diri sendiri.
Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.
"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)
Firman Allah S.W.T:
" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"
Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.
Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."
Berat bukan tanggungjawab seorang suami?
Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.
Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang. Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...