General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

Sep 12, 2012

Hujan


Berlaku perselisihan pandangan di antara dua tamadun mengenai topik kejadian hujan, awan, dan angin di antara dua tamadun kemanusiaan:

Tamadun Pertama: Tamadun Zaman Kegelapan

Ia merupakan tamadun di mana manusia masih mempunyai tahap pemikiran yang tidak berkembang, kefahaman yang sempit, dan dikuasai pemikiran mendatar. Oleh kerana tenggelam dalam pemikiran tersebut maka mereka hanya menggambarkan hujan hanya turun dari lubang-lubang tangki air yang banyak di langit dan gambaran ini telah menafikan bahawa ada kitaran awan dan dan angin yang disebut oleh ayat-ayat Al-Quran.

Tamadun Kedua: Tamadun Zaman Penjajahan

Ia adalah satu tamadun yang bermula dengan perkembangan sains dalam bentuk kajian yang meluas, dan ia wujud dalam suasana ethis yang beruasaha menyelewengkan fakta-fakta tentang kejadian alam dan mentafsirkannya dalam gambaran yang jauh dari petunjuk iman. Kerana setiap kali terdedah satu-persatu rahsia kejadian tuhan, mereka mengaburkannya dengan apa yang buruk seperti unsur dalam ajaran ethis dan kesesatan! Dan oleh kerana mereka ini adalah orang yang sentiasa mengkaji, maka manusia mempercayai tafsiran mereka. Mereka mentafsirkannya dengan apa sahaja yang diingini dan didorong oleh kejahilan mereka dan permusuhan mereka terhadap agama-agama serta penganut-penganutnya.
Di antara kata-kata mereka : bahawa hujan adalah suatu kejadian semulajadi, sedangkan ia adalah seperti kepanasan yang memanaskan air laut. Bahagian-bahagian panas yang berada di permukaan laut itu disebabkan perhubungan di antara zarah-zarah air yang kuat lalu ia menjadi menjadi ringan dan terbang di udara, kemudiannya datang angin meniup wap ini dan membawanya ke tempat yang sejuk cuacanya lalu ia membeku dan menjadi awan, kemudiannya ketulan-ketulan itu menjadi berat dengan bertambah besar saiznya lalu menurunkan hujan.
Dan keputusan kajian sains ini mengatakan terjadi cas-cas elektrik lalu menjadi kilat dan guruh. Mereka bercakap tentang perkara ini bahawa semuanya adalah suatu yang semulajadi? Maka ini tafsiran kepada ketetapan tuhan yang mana orang-orang Islam mula mengambil pendirian gopoh dengan menerimanya dan setengah yang lain berpendirian menolaknya secara umum dan khusus, maka mari kita sama-sama melihat ayat-ayat Al-Quran dan apa yang ditunjuk oleh hakikat sebenar dan bukti-bukti.

PEMBENTUKAN AWAN:

Kepanasan matahari menyejatkan air laut lalu ia naik ke langit dalam keadaan baik, yang boleh diminum. Tetapi wap ini tidak terus naik untuk menurunkan air ke bulan atau Marikh, dimaksudkan menurunkan air dengan maksud menurunkan hujan ke atas hamba-hamba Allah di tengah-tengah benua dan semua penjurunya, kerana keperluannya ada di sana. Allah Taala telah menetapkan satu undang-undang dan ketetapan yang hebat pada kepanasan ini yang mengubah air laut menjadi hujan untuk hamba-hambanya, jika terlebih sedikit kepanasan matahari pasti tersejat air laut kesemuanya.
Tetapi kepanasan tersebut ditetapkan pada satu kadar.  Dan jika keluasan laut kurang dari jumlah yang ada sekarang iaitu (3/4 daratan) sudah pasti hujan akan sedikit dari kebiasaan kerana kadar hujan akan berkurangan apabila kurang jumlah keluasan lautan. Setiap tahun bertambah kepanasan matahari, dengan izin Allah lebih kurang 400.000 kilometer persegi permukaan kering, turun satu pertiga air hujan di laut-laut ketika ia hampir sampai ke daratan dan keadaan hujan, salji, embun atau titisan.

KETETAPAN ALLAH DALAM PROSES CIPTAAN AIR HUJAN YANG BAIK

1. Proses Mengangkat Awan, Menghentikannya, Dan Menguraikannya

Allah Taala telah menjadikan kepanasan matahari dan angin menjadi sebab terangkat wap air dari laut sehingga ke tahap melepasi bukit-bukit dan demikian itu supaya bukit-bukit tidak menghalang peralihan air dari atas laut sehingga ke tengah-tengah benua, dan supaya bercantum bahagian-bahagian lain membentuk awan. Dan Allah Taala menetapkan had bagi pengewapan air ini di mana ia akan berhenti apa sampai di tahapnya dan tidak melebihinya sehingga ke penjuru alam yang tinggi supaya ia tidak meninggalkan bumi tanpa kembali kepadanya. Berfirman Allah Taala :
وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ وَإِنَّا عَلَى ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ﴾-(المؤمنون:18)
Maksudnya: “Dan Kami turunkan dari langit itu air dengan kadar yang ditetapkan dan Kami masukkannya ke dalam bumi dan Kami berkuasa menghilangkannya (air hujan)”.
Allah taala mengangkat wap air dan tidak mengangkat bersamanya garam yang bercampur dengannya dalam laut supaya tidak memudaratkan manusia, haiwan, dan tumbuhan. Jika kita minum air tersebut sedangkan ia masin dan siram tanaman kita dengannya pasti ia merosakkan tubuh kita dan memusnahkan tanaman dan haiwan. Al-Quran telah menyebut perkara tersebut dalam firman Allah Taala :
أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ(68)ءَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ(69)لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ(70) (الواقعة:68-70)
Maksudnya: “ Adakah kamu tidak melihat kepada air yang kamu minum. Adakah kamu yang menurunkannya dari awan atau kami yang menurunkannya? Jika kami mahu kami akan jadikan ia masin maka jika kamu tidak bersyukur”.
أجاجاً bermaksud masin.

2. Proses Pengumpulan Wap Air :

Wap air itu ringan dan mudah naik ke tempat yang tinggi dan tidak dapat dilihat melainkan semasa ia membentuk menjadi awan. Allah Taala menghantar angin yang membawa zarah-zarah debu, tanah, benih-benih tumbuhan, dan semua jenis zarah-zarah yang membentuk awan. Juzuk-juzuk kecil wap air diterbangkan angin lalu ia menggerakkannya, berkumpul bersama juzuk-juzuk kecil tersebut dan membentuk kelompok air dan menjadi ketulan-ketulan air yang kecil yang boleh dilihat oleh kita iaitu awan. Apabila bertambah besar ketulan-ketulan tersebut ia akan menjadi ketulan yang berat dan menurunkan hujan.
Allah Taala berfirman :
اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاءِ كَيْفَ يَشَاءُ وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ – (الروم:48).
Maksudnya: “Allah taala mengutuskan angin-angin lalu ia menggerakkan awan lalu membentangkan ia di langit sebagaimana dia kehendaki dan menjadikannya berkelompok, kemudian kamu melihat hujan turun dari celah-celahnya. Maka apabila air hujan turun ke atas orang yang dikehendakinya di kalangan hambaNya maka mereka akan bergembira”.

3. Proses Pergerakan Awan

Di sana terdapat satu ketetapan tuhan iaitu peralihan air dari atas permukaan laut ke tengah-tengah benua dan proses ini dibantu oleh angin yang menggerakkan awan tanpa meminta dari manusia sebarang bayaran atau gaji, kerana ia ditugaskan untuk mereka dengan perintah Allah Azzawajalla. Allah Taala berfirman :
وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ -  (الأعراف:57)
Maksudnya: “Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan.
Ayat ini mengkhabarkan kita bahawa angin menggerakkan awan, dan sesungguhnya ia menggerakkannya dengan perintah dari Allah s.w.t “سقناه لبلد ميت”. Telah terbukti bahawa di sana terdapat kawasan-kawasan gurun kering-kontang menjadi kawasan pertanian. Sama juga sebagaimana Allah Taala mengubah suatu kawasan yang kontang menjadi kawasan yang subur itu, begitu dia membangkitkan orang yang mati dengan menurunkan hujan dari langit yang menumbuhkan jasad-jasad manusia. Allah Taala berfirman :
…فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ -  (الأعراف:57)
Perhatilah pada perumpamaan tersebut sekali, dua, dan tiga dan perhatikanlah kepada hikmah di sebalik ketetapan kadar angin. Ia bergerak mengikut kadar yang ditetapkan dan ditepati dimana kadar dan kelajuannya amat sesuai untuk peralihan awan dan ia tidak menyebabkan kemusnahan. Allah Taala telah memperlihatkan kepada kita ibarat dengan beberapa angin kencang dan puting beliung yang memusnahkan mencapai kelajuannya sehingga 75 batu sejam.
Apabila kelajuan angin mencapai 200 batu sejam pasti tiada hidupan yang wujud di muka bumi melainkan kesemuanya telah dimusnahkan oleh angin tersebut. Untuk mengetahui tanda-tanda rahmat Allah Taala terhadap kamu maka ketahuilah bahawa angin yang berskala laju ini ada di bumi di atas kepala kamu dengan jarak antara kamu dengan angin tersebut hanyalah lima batu sahaja, yang dipanggil sebagai zon gelombang angin. Angin-angin yang bergerak dengan kelajuan 200 batu sejam pada ketinggian lima batu di atas permukaan laut itu jika ia hampir kepada permukaan bumi pasti akan musnah sistem ekosistem, turut musnah juga sistem hujan. Jika tempat itu nombor tiga menggantikan tempat nombor satu di atas muka bumi pasti air tidak akan bergerak ke tengah benua dan hujan sentiasa turun di atas permukaan laut sekaligus manusia, haiwan, dan tumbuhan akan mati kerana kehausan. Maka perhatilah pada pentadbiran yang bijaksana di bumi ini.

4. Proses Penurunan Hujan

Awan yang berarak di antara langit dan bumi mempunyai keseimbangan graviti yang menariknya turun ke bawah dengan wujudnya kekuatan yang mengangkatnya ke atas. Jika berterusan keseimbangan di antara dua proses ini sudah pasti tidak akan turun hujan dalam bentuk setitis yang besar tetapi Allah Azzawajalla mengutuskan angin-angin untuk membawa awan-awan ke bahagian yang tinggi yang lebih sejuk suhunya kemudian ia menjadi awan bertambah besar dan bertambah saiz titisan. Bertambah air dalam titisan itu dan menjadi berat dan graviti mula menariknya dengan kuat mengatasi kekuatan mengangkat lalu ia menurunkan hujan dengan kekuasaan Allah s.w.t.
Allah Taala berfirman :
وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالًا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ -(الأعراف:57)
Maksudnya: “Dialah (Allah) yang mengutus angin-angin sebagai khabar gembira di hadapan rahmatnya sehingga angin itu membawa awan menjadi berat kami gerakkan ia ke negeri yang mati (tidak subur) lalu kami turunkan hujan dengan sebab awan tersebut, maka kami tumbuhkan dengan sebabnya (air hujan) bermacam-macam buah-buahan. Seperti demikian juga kami hidupkan orang-orang mati mudah-mudahan kami mendapat peringatan”.
Supaya hujan itu tidak turun dalam keadaan seketul maka Allah Taala menjadikan proses penguraian ([11]) pada titisan-titisan hujan menjadi sebab hujan turun dalam bentuk titisan kecil sehingga tidak berlaku kemusnahan di atas muka bumi.

5. Proses Pergerakan Air Hujan Dan Taburannya Di Muka Bumi

Allah Taala menjadikan proses pembentukan sungai sebagai cara mengalirkan air hujan di muka bumi dan menyebarkannya ke tempat-tempat yang jauh supaya dapat dimanfaatkan di seluruh kawasan. Maka air ini ada yang mengalir menjadi sungai di atas muka bumi, mata air, dan tali air yang tersebar seperti mengalir peluh dan darah darah dalam badan manusia, Allah Taala berfirman :
أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا – (الرعد:17)
Maksudnya: …. Dia (Allah) menurunkan dari langit itu air lalu ia mengalir di lembah-lembah mengikut kadarnya.
Dan firmanNya lagi :
وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ -  (إبراهيم:32)
Maksudnya: ……. Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu(manusia).
Sebagaimana air mengalir di dalam perut bumi di laluan-laluanyang tertentu di celah batu-batan seperti bekas apabila ia pecah mana bahagian ia akan mengeluarkan mata air, maka manfaatnya boleh diambil dari air yang tersimpan dalam bumi tersebut sehingga kawasan-kawasan gurun yang jauh menjadi subur dan lain-lain kawasan. Berfirman Allah Taala :
وَسَخَّرَ لَكُمُ الْأَنْهَارَ – (الزمر:21).
Maksudnya: ……. Dia (Allah) menundukkan sungai-sungai supaya berkhidmat kepada kamu(manusia).

6. Proses Muka Bumi Meresap Air

Jika air hujan itu kekal di atas muka bumi pasti akan terbentuk laut-laut kecil dan banjir-banjir besar yang memusnahkan kehidupan manusia. Maka mereka tidak boleh berjalan, bercucuk tanam atau membina di atas muka bumi yang dilimpahi air, tetapi Allah Taala menjadikan muka bumi secara khusus yang membolehkan air masuk ke dalamnya dan meresap air ke lapisan di bawah kerak bumi di mana ia boleh bergerak di dalam laluan-laluan dan berkumpul di satu tempat pengumpulan di dalam perut bumi yang jauh dari dihindari kuman-kuman. Air ini meninggalkan muka bumi dalam keadaan bersih untuk hidupan di atasnya tanpa ada yang tercemar. Allah Taala berfirman :
… فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ… -  (المؤمنون:18) .
Maksudnya : “…….maka kami tetapkannya (air) di dalam bumi…..”

7. Proses Penyimpanan Air Dalam Perut Bumi

Jika berterusan proses air meresap ke dalam bumi dan berkumpul di dalamnya pasti air itu hilang dari kita dan berada dalam perut bumi yang dalam dan kita tidak mampu memanfaatkannya secara berterusan. Tetapi Allah Taala menjadikan pada lapisan yang hampir dengan permukaan bumi beberapa tempat pengumpulan air yang dilindungi batu-batan dan pasir yang menghalangnya dari terus meresap ke dalam bumi. Ia menjadikannya dekat kepada manusia supaya mudah dimanfaatkan dengan air yang mengalir. Allah Taala berfirman :
﴿قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ ﴾  (الملك:30).
Maksudnya: “Katakanlah wahai Muhammad : adakah kamu melihat jika air meresap ke dalam bumi maka siapa yang mengeluarkan air yang keluar dari bumi”.



Jun 5, 2012

Pengenalan Istihadhah

Istihadhah dari sudut bahasa mengalir dan berterusan.
Dari sudut syara`: Darah penyakit yang keluar dari hujung urat di bawah rahim perempuan melebihi masa sebanyak-banyak haidh dan masa sebanyak-banyak nifas sama ada keluar mengiringi darah haidh atau tiada. Kata setengah ulama` istihadhah ialah darah yang berhubung dengan darah haidh, semantara yang lainnya ialah darah pasad / rosak, seperti darah yang keluar dari pada perempuan yang belum sampai umur kedatangan haidh. Kata Sehik Ibnu Hajar perselihan itu hanya pada lafas jua tidak pada makna,
Istihadhah adalah hadas yang sentiasa, seumpama air kencing, wadi atau maziyang yang sentiasa keluar. Dengan itu ia tidak menegah daripada sembahyang, puasa, bersetubuh dan sebagainya, maka tidak diharamkan atas perempuan yang istihadhah dan orang yang sentiasa keluar air kencing, mazi atau wadi pekara yang diharamkan atas perempuan yang berhaidh atau yang bernifas.

Jenis-jenis Istihadhah

Darah istihadhah terbahagi kepada empat.
  1. Darah yang keluar sebelum umur haidh.
  2. Darah yang keluar kurang dari tempoh haidh
  3. Darah yang keluar melebihi tempoh haidh.
  4. Darah yang keluar melebihi tempoh nifas.

Langkah-langkah Yang Wajib Diambil Apabila Hendak Mengerjakan Solat

Wajib keatas perempuan yang isthadhah membasuh farajnya dan menyumbatnya dengan umpama kapas, jika tidak kesakitan dan tidak berpuasa. kewajibpan menyumbat disebab darahnya mengalir keluar, jika darahnya tidak keluar, tidak perlu menyumbatnya. Jika tidak memadai dengan sumbat sebab banyak darah dan tiada tertahan darah melainkan dengan cawat, maka wajib ia mencawatnya apabila tidak kesakitan. Adapun jika kesakitan  dengan sumbat atau cawat, tiada wajib kedua pekara itu. Dan jika ia berpuasa maka wajib atasnya meningalkan sumbat pada siang hari. Kemudian jika keluar darah setelah disumbat dan bercawat dengan ketidan cuai pada menyumbat dan mengikat cawat maka tidak mengapa, jika ada keluar darah.
Selepas itu hendaklah ia mengambil wuduk atau tayamum, jika ia memerlukan tayamum. Hendaklah kesemua ini dilakukan didalam waktu sembahyang. Tidak memadai dilakukan pekara ini sebelum masuk waktu. Dan wajib empat pekara ini dengan tertib seperti yang tersebut itu dan hendaklah dilakukan dengan segera. Kemudian hendaklah ia bersegera sembahyang, kerana mengurangkan hadas semungkin yang boleh. Tidak mengapa terlambat sedikit kerana maslaha sembahyang / pekara yang bergantung dengan sembahyang, seperti menutup aurat, menanti sembahyang berjemaah, menjawab orang bang dan ikamah dan baranng sebagainya daripada segala kesempurnaan sembahyang yang dituntut mengerjakannya. Jika dia terlambat bukan kerana maslaha sembahyang seperti makan batal wuduknya atau tayamum maka wajib dia mengulangi prkara di atas yani membasuh faraj, sumbat, cawat dan wuduk.
Wajib pula dia ulang membasuh farajnya, sumbat serta cawat dan berwuduk atau tayamum apabila ia hendak sembahyang fardu yang lain, demikianlah seteusnya pada sembahyang yang lain, sekalipun tidak tangal cawatnya dan tiada kesan darah pada tepi cawat. Adapun sembahyang sunat, tida perlu dia mengulang pakara yang tersebut itu.
Semua itu wajib diulang sekiranya darah ada pada cawat. sekiranaya tiada darah sama sekali maka hendaklah dia mengikat cawatnya sahaja dan jika ada darah tetapi darah itu dimaafkan maka dia wajib mengikatnya dan wajib mengambil wuduk.

Cara Membezakan Sifat Darah

Darah haidh dapat dibezakan daripada darah istihadhah dengan beberapa sifat
1. Perbezan pada warna maka warna yang terlebih kuat adalah hitam kemudian merah kemudian keemasan bercampur merah kemudian kuning kemudian keruh.
2.  Perbezan pekat atau cair darah maka yang pekat terlebih kuat daripada yang cair.
3. Perbezan pada bau maka yang berbau busuk terlebih kuat daripada yang kurang baunya.
4. Yang bersifat dengan dua sifat seperti hitam lagi pekat atau bau busuk terlebih kuat daripada yang bersipat dengan satu sifat seperti hitam sahaja.
5. Yang bersifat dengan tiga sifat seperti hitam, pekat lagi berbau busuk terlebih kuat daripada yang bersifat dengan dua sifat.
6. Apabila bertembung dua darah yang sama kuatnya seperti darah hitam serta pekat bertembung dengan hitam serta bau busuk maka yang terlebih dahulu itulah yang kuat.

Syarat Haidh Apabila Berhimpun Beberapa Sifat Darah

Jika berhimpun darah yang kuat seperti hitam dan yag dhaif seperti merah dan yang terlebih dhaif seperti kuning maka kesemua darah itu dikira haidh dengan tiga syarat
1. Terdahulu darah yang kuat daripada yang dhaif.
2. Hendaklah berhubong sekelian darah itu.
3. Tidak melebihi perhimpunan sekelian darah itu daripada    lima belas hari.
Kesemua sifat-sifat darah tidaklah diangap haidh melainkan datangnya dalam tempuh haidh. misalnya seorang wanita yang berumu sembilan tahun atau lebih melihat darah sama ada satu sifat seperti hitam pada tiap-tiap hari pada sekelian hari-hari haidh, atau beberapa sifat, seperti dia melihat darah yang berwarna hitam pada tiga hari permulan keluar darah dan empat hari berikutnya berwarna merah diikuti satu hari kuning, maka kesemua sifat itu dikira darah haidh kerana mengikut syarat diatas.
Apabila sifat darah yang berlainan melebihi lima belas hari, maka sifat yang melebih lima belas hari bukanlah haidh. Seperti melihat mereka itu aka darah  berwarna hitam lapan hari kemudian enam belas hari berwarna merah, maka darah hitam adalah haidh dan darah merah bukannya haidh. Dengan itu mereke  kedatangan haidh hanya lapan hari. Lagi akan datang keterangannya pada tajuk Masalah masalah yang boleh terjadi semasa seorang wanita berhaidh,  إن شاء الّلة تعالى

Syarat Tamyiz (Membezakan Sifat Darah)

Seorang wanita yang kedatangan darah berterusan dan  darahnya berlainan sifat seperti hitam kemudian merah maka jika kita hukumkan darah yang kuat sebagai haidh hendaklah dengan tiga syarat.
  1. Tidak kurang darah yang kuat daripada sehari semalam
  2. Tidak melampau darah yang kuat daripada sebanyak-banyak haidh
  3. Tidak kurang darah daif daripada sekurang-kurang suci / lima belas hari lima belas malam serta berturut.
Apabila tidak diperolih syarat-syarat yang tersebut seperti kurang darah yang kuat daripada sekurang-kurang haidh atau melebehi daripada sebanyak-banyak haidh atau kurang yang daif daripada sekurang-kurang suci atau tidak beturut-turut ia seperti melihat seorang akan darah sehari hitam,sehari merah,sehari hitam, sehari merah dan begitu seterusnya maka perempuan itu ketiadan syarat tamyiz
Syarat yang ketiga tempatnya apabila berkekalan darah, adapun jika putus ia seperti melihat perempuan  darah hitam sepuloh hari kemudian darah merah sepuloh hari kemudian berhenti darahnya maka hendaklah ia mengamalkan perbezan darah.

Keadaaan-keadaan Wanita Mustahadhah

Apabila seorang wanita kedatangan darah melebihi sebanyak-banyak haidh maka padanya jadi bercampur antara darah haidh dan istihadhah yang memungkinkan salah satu daripada tujuh keadan
  1. Wanita yang pertama kali kedatangan haidh dapat membezakan sifat darahnya. Contohnya seorang perempuan kedatagan darah yang kuat seperti berwarna hitam sepuloh hari kemudian bertukar darah yang lemah seperti merah untuk beberapa lama maka darah hitam adalah haidh dan darah merah darah istihadhah dengan syarat tidak kurang darah yang kuat daripada sekurang-kurang haidh, tidak melebehi ia sebanyak-banyak haidh dan tidak kurang darah yang daif daripada sekurang-kurang suci.
  2. Wanita yang pertama kali datang haidh tidak dapat membeza darah yang keluar / tidak ada syarat tamyiz seperti merah sekeliannya hinga beberapa bulan maka haidhnya sehari semalam sahaja dan darah yang lain istihadhah
  3. Wanita yang pernah datang haidh / beradat datang haidh, kemudian datang darah beterusan dan dia dapat membezakan sifat darahnya maka hendaklah ia mengira haidhnya mengikut sifat yang tidak melebehi sebanyak-banyak haidh. Seperti hitam lima hari pada permulannya kemudian tujuh hari darah berwarna merah dan mengiringi darah berwarna kuning beterusan, maka darah hitam dan merah adalah haidh dan darah yang berwarna kuning darah istihadhah.
  4. Wanita yang pernah kedatangan haidh sebelum berlaku istihadhah dan ia tidak dapat membezakan sifat darah yang keluar, tetapi ia Ingat tempoh haidh seperti tiga hari, tujuh hari atau sebagainya dan ingat masanya, seperti awal bulan, pertengahan bulan atau akhirnya maka Ia  dikehendaki mengikut adat hidh dan sucinya pada kadar dan  waktunya. Misalnya perempuan yang kedatangan darah lima hari pada awal bulan, bulan yang pertama, kemudian pada bulan yang kedua darahnya berterusan / isthadhah, maka darah haidhnya lima hari pada tiap-tiap awal bulan sementara baki darah yang keluar adalah isthadhah. Yang dikehendaki dengan adat disini memada sekali  datang haidh atau berulang-ulang adatnya. Wanita yang adatnya berkekalan lima hari pada tiap-tiap bulan kemudian berpindah adatnya kepada enam hari pada satu bulan sebelum isthadhah, kemudian isthadhah ia maka dihitungkan haidhnya mengikut bulan sebelum dia kedatangan isthadhah iaitu enam hari. Adapun jika adatnya berlain-lainan lagi teratur dan berulang duakali tiap-tiap satu, seperti berhaidh ia pada bulan yang pertama tiga hari, bulan ke dua lima hari,bulan ke tiga tujuh hari, bulan ke empat tiga hari bulan ke lima lima hari,bulan ke enam tujuh hari dan bulan seterusnya isthadhah,Maka bulan yang ke tujuh dihukumkan haidhnya tiga hari, bulan ke lapan lima hari dan bulan yang ke sembilan tujuh hari begitu lah seterusnya pusingan hukumnya. Maka jika tidak berulang dua adatnya, seperti mula isthadhahnya pada bulan yang ke empat seperti misal di atas hendaklah dikira haidhnya bulan yang sebelum datang isthadhah yaitu tujuh hari, jika tahu seorang masanya.
  5. Perempuan yang  ingat tempoh haidh tidak ingat masa kedatangan haida maka ia dipangil  mutahairah, lihat pada tajuk mutahairah.
  6. Perempuan yang ingat masa tdak tempuh, lihat pada tajuk mutahairah
  7. Perempuan yang  tidak ingat tempuh dan masa di pangil mutahairah mutlaqah. Lihat pada mutahayyirah

Ringkasan: Keadaan Perempuan Yang Musthadhah

Permulan datang darah terbahagi kepada dua
1. Dapat membezakan sifat darah, maka haidhnya mengikut perbezan darah.
2. tidak dapat membezakan sifat darah, maka haidhnya sehari semalam

Beradat Datang Darah Terbahagi Lima

1. dapat membezakan sifat darah, haidhnya mengikut perbezan darah
2. Tidak dapat membezakan sifat darah ada empat
  1. Ingat kadar dan waktu, haidhnya mengikut adat kedatangan darah
  2. Ingat kadar  lupa waktu, mutahayyirah  ( نَسِيئَة ) lalai
  3. Ingat waktu lupa kadar, mutahayyirah ( نَسِيئَة lalai
  4. Lupa keduanya, mutahayyirah ( مُطْلَقَة ) mutlakah
Peringatan:
Dengan semata-mata melihat perempuan akan darah pada masa yang ptut haidh, Wajib atasnya meningalkan sembahayang, puasa dan sebagainya dari pada suatu yang haram dikerjakan pada ketika haidh. Kemudian jika putus darahnya sebelum sehari semalam, nyatalah darah yang keluar itu bukan haidh, maka wajib atasnya mengqada`kan sembahayang dan puasa yang luput semasa kedatangan darah. Adapun jika putus darah itu kemudian daripada sehari semalam, maka nyatalah darah yang keluar itu adalah haidh.
Dengan semata-mata putus darah wajiblah dia mandi kerana mengarjakan ibadah seperti sembahayang dan sebagainya.kemudian apabila kembali darah sebelum  genap lima belas hari serta malamnya wajib pula ia meningalkan sembahayang dan sebagainya dari pada pekara yang mensyaratkan bersuci  dan jika putus pula wajib ia mandi dan sembahayang dan puasa hinga melebehi lima belas hari; pada ketika itu ia kembali kepada kebiasan haidh jika ia pernah kedatangan haidh sebelum ini atau pun dihukumkan darah haidhnya sehari semalam sahaja jika dia belum pernah kedatangan haidh,adapun darah yang tidak melebihi lima belas hari nyatalah bahawa tiap-tiap daripada darah dan selang-selang yang tidak ada darah dikira perempuan itu dalam haidh . maka bulan seterusnya hendaklah dikerjakan hukum haidh seperti sebelumnya .Maknanya perempuan itu hendak lah meningalkan sembahayang, puasa dan sebagainya walau pun pada ketika suci yang menyelangi antara dua haidh.

May 16, 2012

Snacks for Toddlers

Balancing an Uneven Diet

Parents of toddlers often wonder if their kids are getting enough to eat. It's an understandable concern, and offering healthy snacks can help ensure that the answer is yes.
Some kids at this age may seem too busy exploring the world to slow down and eat. Others may be fickle about food or refuse to eat what's served at mealtime. Toddlers need about 1,000 to 1,200 calories a day, but often don't eat a lot at one sitting. That's where snacks come in.
Healthy, well-timed snacks can help balance out an uneven diet, tiding toddlers over between meals and keeping them from getting so hungry that they become cranky. And you boost the intake of nutrients your toddler needs to be healthy when you serve fruits, veggies, whole grains, protein, and calcium-rich foods.
Most toddlers do well with three meals and two or three snacks a day — perhaps mid-morning, mid-afternoon, and again after dinner, if necessary.

Decide What's Appropriate

The influence you have on your child's eating patterns may never be stronger than it is right now. Toddlers can't run out to the store for candy and chips. They'll eat what's served to them and ask for what they know is in the cabinet. Take this opportunity to set the stage right.
Stock up on healthy treats. Choose fresh foods that are high in nutrients (vitamins, minerals, protein, and fiber) and try to avoid prepackaged, processed ones, which tend to be high in sugar, salt, and fat. If your child goes to childcare, ask what kinds of snacks are served there. If you don't approve, consider suggesting a healthier snack menu. If your suggestion isn't welcomed, send in your own snacks for your child, even if it means a bit of extra planning the night before.
Sometimes nutritious snacks are more work, but not always. There are plenty of healthy, no-hassle snacks out there. Toddlers should be feeding themselves, so think simple, finger-friendly, bite-size foods like:
  • low-sugar breakfast cereals
  • fresh fruit thinly sliced or cut into small pieces
  • whole-grain crackers and mini-muffins
  • cheese cut into thin slices or shredded
Think small portions, too. Adults tend to overestimate the amount of food kids need to eat, but the recommended serving size for a toddler's snack is actually quite small: ½ cup (118 ml) dry cereal and ½ cup (118 ml) milk (serve low-fat if your child is over 2 years old) make a fine mid-morning snack, just as a banana and ½ cup (118 ml) milk are great in the mid-afternoon.
Not only are small portions less overwhelming for a picky eater, but they also help prevent an avid eater from overdoing it at snack time.

Stick to a Snack Schedule

Kids do better with routine, so try to serve snacks and meals at approximately the same time every day. That way your child will always know what to expect.
Feeling the sensation of being full and then hungry again a few hours later teaches kids to respond to internal hunger cues — and knowing when to eat and, more important, when to stop is vital to maintaining a healthy weight. If allowed to graze all day without a schedule, kids may lose the ability to detect their own hunger and fullness, which can make them more likely to overeat.
Letting kids carry around a juice box all day can lead to diarrhea in some and contribute to weight gain in others. Juice — even 100% fruit juice — contains about the same amount of calories as soda. And juice drinks have excessive amounts of added sugar.
Limit your toddler's juice intake to no more than 4 oz. (120 ml) a day. When your child is thirsty, water and milk are the best choices. If your child is a juice fanatic, offer fruit rather than juice, because whole fruits contain important vitamins and fiber.

Let Your Toddler Choose

Your toddler may still be your baby, but he or she is increasingly antsy to hold the reins once in a while. Snacks are a great opportunity for kids to be in charge in a limited way. Offer a few nutritious foods at each snack, then sit back and let your toddler choose what and how much to eat.
Though it may be tempting, resist the urge to feed only foods that your child likes. (This is especially hard for parents of picky eaters who just want their kids to eat something!) Perhaps pair something your child likes with a new food at snack time. Even if the new foods are rejected, continue offering them. Remember that it may take several tries before a child is receptive to eating something new.
Don't make a big deal of an uncleaned plate, even if means your child skips a snack or meal. But also don't allow kids to pick alternate foods or decide when meals and snacks should be served. You want them to learn that meals and snacks are available only at certain times and that they may choose from among the foods you present.

Things to Avoid

Most parents have bribed their child by promising some tasty treat, but this isn't a good strategy. Using sweets as a bribe creates the impression that they're more valuable or better than other, more healthy foods — plus kids quickly learn to use them as a bargaining chip.
As for sweets, there's really no reason, nutritionally, for young kids to have them. You don't have to deprive your child of birthday cake, though, or other occasional treats. But don't let these empty-calorie items become part of the regular snack menu.
Make sweets the exception rather than the rule and your child won't feel entitled to them or too surprised when you say no. If you keep less-nutritious snacks at home, keep them out of view. If they're out of sight — and reach — your toddler will be less likely to beg you for them.

Jan 7, 2012

DIALOG : MANUSIA, MALAIKAT, SYAITAN



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Jan 6, 2012

Kita Sebenarnya..

KITA SEBENARNYA.. lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.

KITA SEBENARNYA.. lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA.. lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA.. lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.

KITA SEBENARNYA.. lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujaan.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyebut hello atau hai daripada Assalamualaikum.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.

KITA SEBENARNYA.. kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka memaki, mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA.. lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

KITA SEBENARNYA.. lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita.

KITA SEBENARNYA.. lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat. 

KITA SEBENARNYA.. lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..

Tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

Jan 5, 2012

DIMANAKAH KITA ?

Jan 4, 2012

SIAPAKAH ORANG YANG PALING CANTIK ?

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a..s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? 
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...