General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

May 14, 2010

Islam: Perkara-perkara yang Membatalkan Iman

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman

Pengertian Iman
  • iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

Kepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan
  1. membentuk keperibadian Muslim sejati
  2. berani tegakkan kebenaran
  3. sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan
  4. pencetus semangat jihad

Perkara Yang Membatalkan Iman
  1. syirik
  2. kufur
  3. riddah
  4. khurafat
  5. sihir
  6. nifak

Islam: Perkara-perkara yang Membatalkan Iman (Con #1)

Syirik

syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya

  • syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain dari Allah

bahagian syirik
  1. syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala, bulan dan sebagainya
  2. syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur

Islam: Perkara-perkara yang Membatalkan Iman (Con #2)

Kufur

kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • orang yang melakukannya adalah kafir

Bahagian Kufur
  1. kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang masa
  2. kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya

Faktor2 Kufur
  1. pegangan agama lemah
  2. terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan kebebasan
  3. terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan agama
  4. kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

Islam: Perkara-perkara yang Membatalkan Iman (Con #3)

Riddah

riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad

Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:
  1. iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam
  2. perkataan: mengisytihar keluar Islam
  3. perbuatan: menganut agama selain Islam

Faktor Riddah:
  1. lemah pegangan agama
  2. jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam
  3. terpengaruh dengan tawaran kebendaan
  4. tidak bimbingan memahami Islam

Kesan Riddah

  1. perkahwinan terbatal
  2. haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
  3. hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
  4. menjadi penghuni neraka selama-lamanya

Cara Menangani Orang Murtad
  1. memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam
  2. memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
  3. melaksanakan hukum hudud (bunuh)

Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad
  1. memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan
  2. menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-belah
  3. menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan perkara-perkara yang memburukkannya

Islam: Perkara-perkara yang Membatalkan Iman (Con #4)

Khurafat

khurafat ialah kepercayaan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam

Contoh Perbuatan Khurafat
  1. mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya
  2. membuang anjak bagi menghalau hantu
  3. mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial
  4. mempercayai kubur yang dianggap keramat

Faktor Khurafat Masih Berterusan
  1. iman kurang matap terhadap Allah
  2. terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat
  3. ambil langkah mudah cepat kaya
  4. wujud tempat pemujaan khurafat

Cara Mengatasi Khurafat
  1. menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu
  2. mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat
  3. memberi kesedaran tentang keburukan khurafat
  4. mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat

Kesan Buruk Khurafat
  1. menyebabkan syirik dan terbatal iman
  2. membazir masa, tenaga, harta
  3. masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia
  4. menyekat akal berfikir logik dan sistematik

Islam: Perkara-perkara yang Membatalkan Iman (Con #5)

Sihir

sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan

sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia

Akibat Sihir
  1. merosakkan akidah dan membatalkan iman
  2. memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
  3. pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
  4. membazir wang, masa, tenaga

Islam: Perkara-perkara yang Membatalkan Iman (Con #6)

Nifak

nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah orang yang melakukannya digelar munafik

Ciri-Ciri Munafik
  1. bercakap bohong
  2. khianat apabila diberi amanah
  3. mungkir janji
  4. melampaui batas apabila bertengkar

Akibat Buruk Munafik
  1. menghilangkan sikap percaya-mempercayai
  2. melemahkan perpaduan masyarakat
  3. menghancurkan kekuatan umat Islam
  4. menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...