General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

Apr 29, 2010

Infeksi trak urinari

Infeksi pada trak urinari (UTI) merupakan infeksi yang berlaku pada mana-mana di trak urinari anda. Ini termasuklah organ yang mengumpul dan menyimpan urin dan mengkumuhkan daripada tubuh. Maka bahagian ini termasuklah buah pinggang, ureter, pundi kencing, prostat (pada lelaki) dan uretra.

Biasanya UTI disebabkan oleh bakteria yang boleh juga tinggal di trak penghadaman, di dalam vagina atau sekitar uretra, yang menjadi jalan ke trak urinari. Selalunya bakteria tersebut masuk ke uretra dan bergerak ke pundi kencing dan buah pinggang. Kadangkala, tubuh akan menyingkirkan bakteria tersebut tanpa seseorang penghidap mengalami apa-apa simptom. Tetapi, terdapat juga beberapa keadaan dalam sesetengah penghidap terutamanya wanita dan warga tua yang cenderung untuk mendapat penyakit ini dan mengalami simptom tertentu.

Simptom-simptom tersebut termasuklah keperitan sewaktu kencing, sakit dibahagian bawah abdomen (ari-ari), kerap kencing dan air kencing yang abnormal dari segi warna dan bau atau kehadiran darah. Kadangkala, pesakit juga diiringi dengan demam. UTI boleh menjadi bahaya di kalangan orang tua dan perempuan yang hamil, juga pada pesakit diabetes dan mereka yang mengalami kesukaran untuk kencing.

Setelah doktor mengesahkan penyakit yang dialami, pesakit biasanya dibekalkan dengan antibiotik mengikut jenis bakteria yang dijumpai semasa pemeriksaan.

Jangkitan pada saluran kencing boleh dirawat juga dengan minum air yang banyak setiap hari. Bakteria boleh dibuang melalui kencing yang kerap. Kebersihan juga perlu dititik beratkan. Buang air kencing sebelum dan selepas melakukan hubungan seks. Basuh bahagian terbabit dengan bersih. Sekiranya anda menggunakan tisu, anda hendaklah mengesat dari depan ke belakang. Ini bertujuan menghalang jangkitan kuman dari bahagian dubur.

Bagi wanita yang menggunakan tampon, penggunaan tampon hendaklah diberhentikan. Tukar kepada tuala wanita biasa. Untuk mengelakkan daripada jangkitan ini berlaku, elakkan daripada menahan kencing kerana ia akan meningkatkan jangkitan bakteria pada saluran kencing anda. Elakkan juga menggunakan pakaian dalam dari nylon. Gunakan pakaian yang berasaskan cotton supaya peredaran udara menjadi lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...