General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

May 18, 2010

Islam: Derma Organ Amalan Mulia...

Derma organ amalan mulia

Bersama Ustazah Sakinah

Soalan:

Ingin menderma organ apabila meninggal dunia kelak. Masalahnya ialah, ibu dan rakan menentang keras hasrat. Bagaimanakah jalan terbaik untuk meneruskan niat saya tanpa mengguris perasaan sesiapa?

Adakah organ yang didermakan oleh penderma Islam akan diberikan kepada orang Islam juga? Jika didermakan kepada penerima bukan Islam, adakah ia melanggar peraturan dalam Islam?

Adakah benar jika kita menderma organ, kita akan kembali mengadap Tuhan dalam keadaan kurang sempurna tidak seperti sewaktu dilahirkan?

Jawapan:

Menderma organ atau pemindahan organ daripada orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam agama Islam.

Bagaimanapun, kebenaran hendaklah diperoleh daripada penderma sebelum pemindahan sebarang anggota di dalam kematian biasa atau daripada keluarga dalam kematian akibat kemalangan.

Yang menjadi dosa ialah pemindahan tanpa izin tuan badan sendiri atau penyeludupan.

Ramai yang belum tahu mulianya menderma organ selepas mati kerana fatwa muzakarah sudah mengeluarkan hukum harus berbuat demikian berdasarkan prinsip keperluan mengatasi larangan, perlunya memilih jalan yang kurang mudarat, dan perlunya mudarat dirawat dengan ikhtiar. Jika berhasrat menderma, bolehlah menandatangani surat keizinan terlebih dulu.

Organ yang didermakan harus diberikan sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam kerana menyelamatkan nyawa adalah wajib.

Ramai juga penerima organ daripada orang Islam menerima organ orang bukan islam, jadi kenapa kita harus pertikaikan soal agama dalam hal menyelamatkan nyawa.

Kesempurnaan manusia mengadap Tuhan tidak diukur daripada segi sempurna organ atau fizikal ketika ditanam. Jika ini ukurannya, bererti mereka yang mati dan kehilangan anggota seperti tentera dan yang terbabit dalam kemalangan tidak sempurna mengadap Tuhan ketika mati.

Sempurna atau tidak adalah merujuk pada amalan yang dibawa.


Untuk keterangan lanjut, boleh rujuk artikel:
Muslims and organ donations

Wallahu 'alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...