Soalan
Apakah hukum gunakan kemeyan dalam perubatan tradisional kerana setengeh ulama mengatakan kemeyan itu memanggil jin. sekian terima kasih.askum
Jawapan
ASSALAMUALIKUM WRH.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.
Hukum penggunaan kemenyan itu bergantung pada tujuan si pengguna. Sekiranya kemenyan itu dibakar sebagai satu unsur dalam acara perbomohan atau perubatan tradisional bertujuan untuk memanggil, berdamping, meminta izin atau bantuan daripada makhluk 'ghaib' maka hukumnya adalah haram dan bercanggah dengan aqidah Islamiah. Begitu juga sekiranya ia dibakar dengan maksud menghalau hantu syaitan. Apatah lagi jika perasapan kemenyan itu dilakukan untuk upacara pemujaan sesuatu benda seperti keris, lembing dan sebagainya. Perkara ini jelas haram dan boleh membawa kepada syirik. Pelakunya wajib segera bertaubat.
Sekiranya kemenyan dibakar sekadar untuk mengharumkan ruang sesuatu tempat maka ia adalah harus.
Wallahu A'lam
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Melaka
No comments:
Post a Comment