General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

May 5, 2010

Agama: Masalah Angin dalam Badan..

kentut

Soalan:
Askum ustaz saya ni mempunyai masalah angin dlm badan dan kerap kali terkentut. Sehinggakan ketika berwuduk pun kadang kala terkentut. Hingga pernah beberapa kali setelah selesai berwudhuk saya rasakan terkentut atau tidak. Jadi bagaimanakah caranya utk saya tahu bahawa saya benar2 terkentut atau tidak? Sesetengah kawan mengatakan kita kena yakin bahawa kita terkentut baru lah batal wudhuk tu. dan jika kita was2 samada terkentut atau tidak, ini tidak membatalkan wudhuk. Betul tak ustaz?


dibalas oleh: (ustaz/ustazah) Syahril Fazli Bin Mat Hussain

Hadis yang ke 66 dari Bulughul Maram yang bermaksud Dari Abi Hurairah RA berkata bahawa Rasul SAW bersabda :

"JIka seseorang diantara kamu menemukan sesuatu dalam perut, lalu ia meragukannya, apakah sudah keluar sesuatu itu dari perut atau tidak, maka janganlah sekali-kali keluar dari masjid sehingga ia mendengar suara atau menemukan baunya." (H.R. Muslim)

Hadis yang 77 dari Bulughul Maram bermaksud :

"Syaitan datang kepada salah seorang di antara kamu dalam solatnya, lalu meniup dalam kemaluannya dan berkhayalkan kepadanya bahawa ia berhadas pada hal ia tidak berhadas. Maka apabila salah seorang daripada kamu menemukan demikian, janganlah berpaling, sehingga mendengar suara atau menemukan bau" (H.R. Al- Bazzar)

Dari 2 hadis di atas jelaslah kepada kita betul-betul yakin keluarnya angin barulah berlakunya hadas. Ingatlah was-was itu adalah permainan syaitan. Banyakkanlah membaca surah Annas untuk mengubat penyakit was-was.

Wallahua`lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...