General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

Mar 9, 2011

Kaitan Aura dan Nombor

Pastikan Nombor Peribadi Anda
"Fuyooo! Menarik nombor rumah itu," kata Ramley apabila terpandang tulisan No.1, Jalan Tempinis 1/1 pada sebuah banglo.

"Haiii! Ada juga manusia yang percaya nombor macam tu!" kata Zidan yang duduk di sebelah. Mereka sama-sama ketawa, sementara Ramley terus memandu. Kedua-dua sahabat itu terus membisu. Masing-masing memikirkan tentang nombor. Betulkah ada nombor membawa tuah dan yang lain tidak?

"Apa yang aku tahu, orang Cina cukup taksub dengan nombor 8 ada ong kata mereka," Ramley memecah kesunyian.

"Tapi apa yang aku dengar, jangan sebut itu pada orang India, ia lambang kematian," balas Zidan. Kedua-duanya serentak terkekeh-kekeh.

Bagaimanapun seorang ahli fizik, Prof.Dr. Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan.

"Benar, nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.

"Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang," jelas Prof.Dr. Norhisham.

Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, insha-Allah dia akan berjaya.

"Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh. Lalu Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu.

Petikan dari majalah Mastika
1 Satu: Lambang keunggulan Tuhan.
Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh.

Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.

Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan.

"Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah.tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.

3 Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk.

Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.

Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya.

Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.

Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi.
Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan.

Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan.

Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk.
666 adalah lambang syaitan gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.

Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.

Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu.

Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.

Caranya mudah palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap.

Sebabnya. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.

Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 Sembilan
NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap.

Tapi, jangan bimbang.walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 atau 0
Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir.

Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Ppencipta memilikinya.

Menurut Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah tidak wujud penyesalan.

Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.

Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969 = 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 Kemudian 31 akan menjadi 3+1 = 4  Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.





MINE :: 13 . 11 . 1984 = 1+3+1+1+1+9+8+4 = 28 =2+8 = 10 = 1+0 = 1


MY HUBBY :: 18 . 12. 1984 = 1+8+1+2+1+9+8+4 = 34 = 3+4 = 7

Tips-Tips untuk mengatasi/mengurangkan kekotoran Usus



ADA beberapa sebab yang boleh menyebabkan pendarahan rektum. Ini adalah petanda gangguan kesihatan yang penting kerana dalam sesetengah kes, ia boleh membawa maut jika dibiarkan. Kebanyakan masalah pendarahan rektum boleh dikawal dan dirawat seperti ulser dan buasir.

Pendarahan dalam saluran gastrointestin boleh berlaku tanpa disedari dan ia hanya dapat dikesan apabila darah keluar bersama najis. Saluran gastrointestin (pencernaan) ini terdiri daripada esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur. Pendarahan boleh berlaku pada mana-mana bahagian gastrointestin ini.

Bagaimana saluran ini boleh luka ? Ada beberapa keadaan yang menyebabkan pendarahan pada saluran gastrointestin iaitu:
  1. Kehadiran asid perut berlebihan yang boleh menyebabkan keradangan dan pendarahan pada bahagian hujung esofagus dan keadaan ini dipanggil masalah asid refluks.
  2. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori, pengambilan alkohol berlebihan, sentiasa mengambil aspirin dan ubat-ubatan lain juga boleh menyebabkan keradangan atau ulser perut dan pendarahan.
  3. Ulser duodenum yang disebabkan jangkitan bakteria Helicobater pylori atau ubat anti peradangan bukan steroid (NSAIDs) dan aspirin.

Buasir
Buasir terjadi akibat saluran darah pada bahagian dubur bengkak. Saluran darah ini boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Darah akibat buasir biasanya berwarna merah cerah.

Simptom lain ialah sukar membuang air besar dan rasa tidak puas walaupun berkali-kali berulang ke tandas. Pendarahan adalah gejala utama, hampir 70 peratus daripada pesakit buasir akan mengalami pendarahan apabila buang air besar.

Pesakit selalunya mendapati darah akan keluar daripada dubur dan ada kalanya darah memancut.Pesakit juga rasa sakit setiap kali buang air besar bagaimana pun pada peringkat awal buasir tidak mendatangkan kesakitan.

Pada peringkat seterusnya, buasir akan terkeluar sedikit apabila pesakit meneran untuk buang air besar, tetapi naik semula (masuk semula ke dalam dubur) selepas selesai meneran. Pendarahan akibat buasir jarang menyebabkan anemia.

Fisur atau rekahan pada kulit yang melapisi saluran dubur. Ini juga masalah biasa dan menyebabkan rasa sakit. Masalah ini lazimnya disebabkan sembelit atau memaksa najis keluar. Apabila kulit terluka, setiap pergerakan usus akan terasa sakit.

Pendarahan akibat rekahan kulit adalah sedikit, dan darah berwarna merah cerah. Pendarahan ini sering disalah anggap sebagai buasir. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja terutama kanak-kanak yang tidak cukup serat dan kurang minum air.

Polip atau ketumbuhan benigna pada usus. Juga kerap menyebabkan najis berdarah dan disalah anggap sebagai kanser. Darah daripada ketumbuhan ini berwarna merah cerah.

Kanser usus — Kanser ketiga paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom kanser usus ialah berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut memulas, terasa asyik hendak buang air besar, perut tidak selesa, kembung atau senak; muntah, hilang selera makan dan cepat penat.

Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.

Bagaimana mengenal pasti ada darah pada najis?
  1. Najis diselaputi darah berwarna merah cerah
  2. Ada ketulan darah bercampur dengan najis
  3. Najis berwarna kehitaman dan melekit

Gejala pendarahan akut:
  1. Tiga tanda di atas
  2. Cepat berasa lesu
  3. Pening
  4. Sesak nafas
  5. Senak perut
  6. Rasa mahu pitam
  7. Cirit birit

Gejala pendarahan kronik:
  1. Semua tanda di atas
  2. Badan terasa lemah
  3. Sentiasa berasa penat
  4. Sukar bernafas
  5. Pitam

Petikan Harian Metro - 1hb. Januari, 2006
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...