General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

Mar 9, 2011

Tips-Tips untuk mengatasi/mengurangkan kekotoran Usus



ADA beberapa sebab yang boleh menyebabkan pendarahan rektum. Ini adalah petanda gangguan kesihatan yang penting kerana dalam sesetengah kes, ia boleh membawa maut jika dibiarkan. Kebanyakan masalah pendarahan rektum boleh dikawal dan dirawat seperti ulser dan buasir.

Pendarahan dalam saluran gastrointestin boleh berlaku tanpa disedari dan ia hanya dapat dikesan apabila darah keluar bersama najis. Saluran gastrointestin (pencernaan) ini terdiri daripada esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur. Pendarahan boleh berlaku pada mana-mana bahagian gastrointestin ini.

Bagaimana saluran ini boleh luka ? Ada beberapa keadaan yang menyebabkan pendarahan pada saluran gastrointestin iaitu:
  1. Kehadiran asid perut berlebihan yang boleh menyebabkan keradangan dan pendarahan pada bahagian hujung esofagus dan keadaan ini dipanggil masalah asid refluks.
  2. Jangkitan bakteria Helicobacter pylori, pengambilan alkohol berlebihan, sentiasa mengambil aspirin dan ubat-ubatan lain juga boleh menyebabkan keradangan atau ulser perut dan pendarahan.
  3. Ulser duodenum yang disebabkan jangkitan bakteria Helicobater pylori atau ubat anti peradangan bukan steroid (NSAIDs) dan aspirin.

Buasir
Buasir terjadi akibat saluran darah pada bahagian dubur bengkak. Saluran darah ini boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Darah akibat buasir biasanya berwarna merah cerah.

Simptom lain ialah sukar membuang air besar dan rasa tidak puas walaupun berkali-kali berulang ke tandas. Pendarahan adalah gejala utama, hampir 70 peratus daripada pesakit buasir akan mengalami pendarahan apabila buang air besar.

Pesakit selalunya mendapati darah akan keluar daripada dubur dan ada kalanya darah memancut.Pesakit juga rasa sakit setiap kali buang air besar bagaimana pun pada peringkat awal buasir tidak mendatangkan kesakitan.

Pada peringkat seterusnya, buasir akan terkeluar sedikit apabila pesakit meneran untuk buang air besar, tetapi naik semula (masuk semula ke dalam dubur) selepas selesai meneran. Pendarahan akibat buasir jarang menyebabkan anemia.

Fisur atau rekahan pada kulit yang melapisi saluran dubur. Ini juga masalah biasa dan menyebabkan rasa sakit. Masalah ini lazimnya disebabkan sembelit atau memaksa najis keluar. Apabila kulit terluka, setiap pergerakan usus akan terasa sakit.

Pendarahan akibat rekahan kulit adalah sedikit, dan darah berwarna merah cerah. Pendarahan ini sering disalah anggap sebagai buasir. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja terutama kanak-kanak yang tidak cukup serat dan kurang minum air.

Polip atau ketumbuhan benigna pada usus. Juga kerap menyebabkan najis berdarah dan disalah anggap sebagai kanser. Darah daripada ketumbuhan ini berwarna merah cerah.

Kanser usus — Kanser ketiga paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom kanser usus ialah berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut memulas, terasa asyik hendak buang air besar, perut tidak selesa, kembung atau senak; muntah, hilang selera makan dan cepat penat.

Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.

Bagaimana mengenal pasti ada darah pada najis?
  1. Najis diselaputi darah berwarna merah cerah
  2. Ada ketulan darah bercampur dengan najis
  3. Najis berwarna kehitaman dan melekit

Gejala pendarahan akut:
  1. Tiga tanda di atas
  2. Cepat berasa lesu
  3. Pening
  4. Sesak nafas
  5. Senak perut
  6. Rasa mahu pitam
  7. Cirit birit

Gejala pendarahan kronik:
  1. Semua tanda di atas
  2. Badan terasa lemah
  3. Sentiasa berasa penat
  4. Sukar bernafas
  5. Pitam

Petikan Harian Metro - 1hb. Januari, 2006

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...