General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

May 3, 2010

Agama: Berbohong untuk melindungi maruah orang lain

Soalan:
Apakah hukumnya jika seseorang itu terpaksa berbohong untuk melindungi maruah orang lain?

Jawapan :
Berbohong adalah salah satu sifat yang dilarang oleh Islam dan termasuk dalam sifat-sifat mazmumah. Sebagai seorang Islam, hendaklah menjauhi sifat tersebut. Hadis nabi s.a.w menyebut bahawa di antara tanda-tanda orang munafik ialah apabila berkata-kata dia berdusta, apabila berjanji dia memungkirinya dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya. Tetapi sekiranya berbohong bagi tujuan melindungi maruah orang lain itu bolehlah dikategorikan sebagai 'helah' demi menjaga maruah orang tersebut. Ini selaras dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Barangsiapa yang menutup keaiban saudaranya, maka Allah akan menutup keaibannya di hari akhirat kelak"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...