General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

Jul 22, 2011

Makanan sihat untuk bayi, anak-anak anda.

Si kecil boleh di beri makanan pejal selepas 6 bulan. Selepas 6 bulan usus bayi atau kanak-kanak, lebih matang dan boleh menerima makanan pejal.


Antara makanan yang di cadangkan selepas bayi 6 bulan ialah:
1. Bayam
Ia mengandungi zat besi, kalsium dan asid folik. Bayam bagus untuk otak dan tulang anak anda. Hidanglah bersama sup atau campur dengan bubur nasi.
2. Ubi keledek
Kaya dengan vitamin B, C dan E, ia juga mengandungi potasium, kalsium, zat besi. Ada serat dan banyak karbohidrat.
3. Dadih
Dadih atau Yogurt kaya dengan kalsium dan protien. Membantu membina tulang dan pertumbuhan gigi yang kuat. Membantu sistem penghadaman bayi anda. Cara hidang campurkan dadih dengan buahan, contoh anggur, epal, straberi, leyetkan supaya ia lebih kecil.
4. Oat
Sesuai untuk sarapan, banyak serat dan ia memberi tenaga pada anak anak anda.
5. Minyak ikan solomon
Kaya dengan Omega 3. Membantu mengurang serangan jantung. Membantu meningkatkan ingatan dan cerdas minda. Tingkat kecergasan mereka.
Jika anak anda sukar makan, tak lalu, apa kata anda perbagaikan makanan mereka dan cuba menu di atas.

Jul 18, 2011

Tips Amalan Pemakanan Sihat

  1. Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
  2. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut. 
  3. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan. 
  4. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol. 
  5. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi. 
  6. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas. 
  7. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
  8. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi. 
  9. Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. 
  10. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. 
  11. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.. 


Source ::  http://www.kpwkm.gov.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...