General Knowledges's Followers

Just Click & You Just Treat Me!!! tQ

Sep 29, 2022

Ciri-ciri Pinggan Mangkuk yang Tidak Selamat Digunakan


Bagaimana ia boleh terjadi? Jawapannya adalah disebabkan oleh kehadiran plumbum dan kadmium lebih-lebih lagi pada pinggan mangkuk yang di pasaran dengan rekaan dan corak warna yang terang.



Seperti yang anda ketahui, terdapat pelbagai jenis atau pilihan pinggan mangkuk yang ditawarkan menggunakan binaan yang berbeza seperti seramik, kaca, porselin, plastik melamin dan banyak lagi. Dengan kehadiran variasi pilihan di pasaran, maka ia pastinya memberi peluang anda mencuba setiap satu untuk dihidangkan di rumah anda.

Ciri-Ciri Pinggan Yang Selamat Digunakan Untuk Menghidang Makanan


Menurut perkongsian Dr Nor Asrina Sairi, pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media sosial.
Hal ini kerana kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini dihadiri dengan kimia berbahaya iaitu logam plumbum yang boleh memberi kesan kesihatan jangka masa panjang terutama untuk bayi, kanak-kanak dan wanita hamil.

Berikut adalah ciri-ciri pinggan yang tidak boleh digunakan untuk menghidangkan makanan:

  • ❎ Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat
  • ❎ Pinggan dengan corak yang dilukis menggunakan dakwat
  • ❎Permukaan pinggan yang tidak rata seperti terdapat kerosakan pada corak yang dilukis
  • ❎ Diperbuat daripada pengilang yang tidak diketahui (bukan jenama yang diketahui)


  • Pinggan dengan pelbagai bentuk Sementara, pinggan yang selamat dan sesuai untuk digunakan adalah:

  • ✅ Pinggan berwarna putih tanpa corak
  • ✅ Corak pinggan hanya pada bahagian bawah atau luar tempat hidangan


Ketahui Kesan Plumbum Kepada Kesihatan

Tidak kira sama ada plumbum tersebut didedahkan kepada individu menerusi udara atau diserap menerusi makanan, kesannya terhadap kesihatan adalah sama.

Di dalam badan kita, plumbum diserap dan disimpan dalam tulang, darah dan sel tisu yang mana ianya tidak disimpan secara kekal. Sebaliknya ia sebagai sumber akan digunakan secara berterusan seiring dengan peningkatan usia.

Dengan kata lain, apabila tulang menjadi demineralisasi, plumbum tersebut akan dibebaskan yang mana akan memberi kesan buruk yang lebih besar pada tulang seperti mengubah fungsi sel tulang.

Antara kesan kesihatan lain untuk jangka masa pendek termasuklah

  • Sakit perut
  • Sembelit
  • Berasa lelah, penat dan lemah
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Kebas pada bahagian tangan atau kaki

Gejala ini mungkin berlaku secara perlahan, jadinya agak sukar untuk anda mengenalpasti punca utama kepada masalah tersebut. Bukan itu sahaja, pendedahan kepada tahap plumbum yang tinggi juga boleh menyebabkan anemia, kerosakan buah pinggang dan otak.

Secara amnya, plumbum memberi kesan kepada kanak-kanak lebih daripada orang dewasa. Kanak-kanak cenderung menunjukkan tanda-tanda ketoksikan plumbum yang teruk pada tahap yang lebih rendah daripada orang dewasa.

Oleh itu, jika anda berminat untuk mendapatkan pinggan mangkuk tersebut, anda disarankan untuk menggunakannya sebagai hiasan atau koleksi simpanan sendiri sahaja.


Sep 27, 2022

Doa Ringkas Untuk Amalan Harian

1. Doa Awal Pagi

اللّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَ رِزْقًا طَيِّبًا وَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً

"Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima."

2. Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat

رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari siksa neraka. (QS. Al-Baqarah: 201).


3. Doa dimudahkan segala urusan

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau mudahkan dan Engkau perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya (Hadis riwayat Ibnu Hibban).



4. Doa sebelum tidur

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَا وَبِاسْمِكَ أَمُوتُ

Artinya: "Dengan menyebut nama-Mu, Ya Allah, aku hidup dan dengan menyebut nama-Mu aku mati"


5. Doa bangun tidur

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

"Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan." (HR. Bukhari no. 6325)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...